Friday, 11 March 2016

Bengkel Cerpen Kavyan

Aktiviti
Bengkel Cerpen Kavyan

Penganjur

Tarikh
23 April 2016 (Sabtu)

Masa
10:00 pagi – 4:00 petang

Tempat
Rumah Kavyan, Shah Alam [LIHAT PETA]
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]

Lokasi berdekatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Amaran: Panggilan telefon pada tarikh bengkel untuk bertanya panduan jalan tidak dilayan!


Pengenalan
Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu memaparkan keunikan dan variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha Kavyan membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan cerpen dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; khususnya penulis kaum India. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen. 

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Tunas Cipta dan Dewan Siswa.
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.

Peserta
Maksimum 15 peserta (belia, remaja, pelajar, dewasa) pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik menghasilkan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga boleh menjadi peserta. Umur minimum 15 tahun dan berminat menulis cerpen remaja. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Para peserta wajib berpakaian sopan apabila menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.

Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM20.00. Bayaran ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan.

Pembayaran Yuran
Bayaran perlu dibuat ke akaun Maybank (Uthaya) 112214042611 atau CIMB (Kavyan) 8600565547 sebelum mengisi borang pendaftaran. Peserta TIDAK PERLU mengemukakan resit pembayaran kepada penganjur! Simpan sahaja resit itu sebagai rujukan peribadi. Bayaran tidak dikembalikan jika individu terbabit gagal hadir pada tarikh acara. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekali. Permintaan untuk membuat pembayaran pada tarikh bengkel TIDAK dilayan.

Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN

Cenderamata Peserta
Setiap peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan dan sijil penyertaan daripada Kavyan. Bahan bacaan berkenaan akan turut dijadikan teks rujukan semasa bengkel penulisan cerpen.

Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman amat luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga kolumnis di portal berita Free Malaysia TodayThe Malay Mail Online, Projek Dialog, Roketkini, Kuala Lumpur Post danThe Malaysian Insider. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Kavyan pula mempunyai pengalaman luas mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak diasaskan pada 22 Ogos 1999.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara bagi bengkel berkenaan:

9:30 pagi
Ketibaan peserta, pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama: Unsur-unsur Sastera

11:00 pagi
Sesi Kedua: Unsur-unsur Cerpen

12:00 tengah hari
Sesi Ketiga: Etika Penulisan dan Panduan Manuskrip 

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat
[Sila maklumkan semasa mendaftar jika anda vegetarian]

2:00 petang
Sesi Keempat: Praktikal
                        Latihan menulis cerpen
                        Bedah karya peserta

3:30 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang 

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak akan dilayan sama sekali.