22 Dec 2013

Solidariti Kampung Chetti

Berikutan Kunjungan Perpaduan Kavyan ke Kampung Chetti Melaka pada 15 Disember 2013 (Ahad) serta tulisan “Selepas Lembah Bujang, Kampung Chetti pula?” (The Malaysian Insider, 16 Disember 2013) dan kenyataan media “Jangan Hapuskan Kampung Chetti” (16 Disember 2013), Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan mengadakan acara khas bagi membimbing penduduk Kampung Warisan berkenaan bagi membolehkan mereka memperjuangkan hak.
 
Konsep yang digunakan adalah “Daripada memberikan ikan untuk makanan sehari, lebih baik mereka diajar memancing sepanjang hayat”.
 
Pada sebelah petang pula akan diadakan sesi taklimat khas, soal-jawab dan persembahan kebudayaan yang terbuka kepada orang ramai, NGO dan wakil media. Sila KLIK DI SINI untuk menyertainya.
 
Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu menampung kos pengendalian acara ini boleh memasukkan wang (RM10 juga diterima dengan penuh gembira) ke akaun CIMB 1222-0000692-10-7 (Perunding Media) atau CIMB 1222-0000876-10-9 (Kavyan). Hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada pertanyaan. Terima kasih kepada Murugan Alimuthu (Taiping) dan seorang wanita (yang meminta nama dirahsiakan) kerana tampil menghulurkan sumbangan ikhlas. Semoga mereka dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati-Nya.
 
Tarikh: 29 Disember 2013 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi – 6.30 petang
Tempat: Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka
 
Rangka Atur Cara
 
9:30 pagi [Waktu Kavyan]
Tiga aktiviti akan berlangsung secara serentak. Ketiga-tiga program ini terbuka hanya kepada penduduk Kampung Chetti Melaka. Ketiga-tiga aktiviti ini bertujuan mempersiapkan penduduk dengan ilmu yang perlu dalam menghadapi cabaran. Penyertaan TIDAK dibuka kepada orang luar – kecuali dengan izin Kavyan.
 
Aktiviti Satu: Bengkel Penulisan dan Komunikasi Media
Tempat: Bilik Bacaan, Kampung Chetti
Peserta: Penduduk Kampung Chetti yang berminat mempelajari serta memanfaatkan ilmu berkaitan penulisan makalah budaya, kenyataan media, berita, surat pembaca, surat rasmi, buku atur cara, sidang media, wawancara, memorandum, rakaman soundbites dan pelbagai topik berhubung ilmu komunikasi media. Ilmu ini penting dalam memberikan “kuasa” kepada penduduk Kampung Chetti memperjuangkan hak; khususnya dalam isu melibatkan “Lot 93”.
 
Aktiviti Dua: Sesi Fotografi “Biar Foto Berbicara”
Tempat: Sekitar Kampung Chetti
Peserta: Penduduk Kampung Chetti yang berminat menyertai Shahrul ke setiap pelosok kampung untuk merakamkan foto-foto yang mampu “berbicara” untuk menceritakan mengenai kampung warisan ini.
Hasil bengkel: Foto-foto yang dirakam oleh pembimbing dan peserta akan terus dimuat naik ke media rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk memberikan kesedaran kepada orang awam. Rakaman foto turut melibatkan aktiviti seharian penduduk Kampung Chetti. Peserta akan turut memasuki beberapa rumah penduduk yang membenarkan foto dirakam. Kerjasama penduduk diperlukan bagi menjayakan rakaman ini.
 

Aktiviti Tiga: Dokumentari Perjuangan Kampung Chetti
Tempat: Sekitar Kampung Chetti
Pembimbing: Perzeus James (Zeus)
Peserta: Penduduk Kampung Chetti yang berminat untuk menyertai Zeus menghasilkan dokumentari (filem pendek) berkaitan perjuangan penduduk mempertahankan kampung warisan ini.
Hasil bengkel: Dokumentari akan disunting dan dimuatkan ke laman Kaigal.com serta dikongsi menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter bagi memberi kesedaran kepada orang awam. Rakaman video turut melibatkan wawancara penduduk dan penggambaran aktiviti seharian di sekitar Kampung Chetti. Kerjasama penduduk diperlukan bagi menjayakan rakaman ini.
 

1:00 petang
Rehat dan makan tengah hari
 
2:00 petang [Waktu Kavyan]
Peserta ketiga-tiga bengkel (penulisan/media, fotografi dan dokumentari) berkumpul di Bilik Bacaan Kampung Chetti untuk berkongsi maklumat/hasil.
Pemilihan bahan dan persiapan bagi menyambut kedatangan orang awam, NGO dan wakil media.
 
4:00 petang [Waktu Kavyan]
Aktiviti: Taklimat kepada orang awam/media
Tempat: Bilik Bacaan Kampung Chetti
Peserta: Orang awam, wakil media, NGO dan penduduk kampong. Sila KLIK DI SINI untuk menyertainya.
Pakaian: Sopan dan bertamadun
Pengisian:
Sesi 1 – Ucapan alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum Chetti Melaka; taklimat ringkas isu “Lot 93” oleh wakil Kampung Chetti; sambutan Ponggal pada Januari 2014; sesi soal-jawab; pengedaran kenyataan media; mengumpulkan maklumat hadirin (nombor telefon, alamat e-mel, Facebook dan sebagainya); berkongsi maklumat menerusi Facebook. Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh peserta bengkel penulisan/media.
Sesi 2 – Membawa orang awam/media/NGO melawat sekitar Kampung Chetti serta memberikan penerangan. Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh peserta bengkel fotografi/dokumentari.
 
5:30 petang [Waktu Kavyan]
Persembahan kebudayaan Chetti Melaka di pentas (sebelah Kuil Sri Muthu Mariamman)
 
6:30 petang [anggaran]
Acara tamat
 
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my [jangan tertinggal .my] sebelum 28 Disember 2013. Setiap e-mel yang diterima pasti akan dijawab.
 
Harap maklum bahawa Kavyan, Perunding Media dan Kaigal hanya berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman bersama-sama para penduduk Kampung Chetti Melaka sebagai tanda solidariti. Segala kredit – khususnya dalam siaran media – perlu diberikan kepada penduduk Kampung Chetti. [IKUTI PERKEMBANGAN SUSULAN DI SINI] - [BLOG KHAS KAMPUNG CHETTI]