20 Feb 2012

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan 01/2012

Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)

Masa: 10:15 pagi (Waktu Kavyan)

Tempat: Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor

Kehadiran

1. Uthaya Sankar SB

2. Ramakrishnan Ramasamy




6. Magaenthiran Periaswamy

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

1.1 - Uthaya selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat tepat jam 10:15 pagi (Waktu Kavyan) dan menerangkan tujuan mesyuarat. Ini adalah mesyuarat jawatankuasa yang pertama bagi barisan baru jawatankuasa yang dipilih pada Mesyuarat Tahunan (6 November 2011).

1.2 - Pengerusi turut menyampaikan pesanan daripada Penasihat Kavyan yang diterima menerusi SMS:

1.2.1 - Datuk A. Samad Said, Penasihat Agung: “Apa yang telah dan sedang Kavyan lakukan sejauh ini sebenarnya sudah terbukti baik. Dengan mendapatkan dana yang munasabah tahun ini, tentu saja Kavyan akan dapat kembangkan kerja seni dan kebajikan lebih berkesan lagi. Bapak bangga. Selamat bersidang.”

1.2.2 - Dr Krishanan Maniam, Penasihat Perdana: “Selamat bermesyuarat. Turun padang, lebihkan bengkel dan seminar.”

1.2.3 - Encik K. Balasubramaniam, Penasihat Kehormat: “You are the icon and epitome among Malaysian writers. You are the visionaries exploring all genre of literature – creative, critical, ethical, honest, moderate, culturally, realistic, and most of all, true to your hearts. Let us spread good will, love, tolerance and understanding to achieve peace, prosperity and unity in our multiethnic society. You are the creators of unity in diversity. Challenge every adversity for ultimate benefit and good.”

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 - Ramakrishnan mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan (6 November 2011) dan Uthaya menyokong pengesahan itu.

3. Pembentangan Laporan Kewangan

3.1 - Muniswaran selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan Kavyan sehingga 31 Disember 2011. Pengesahan dilakukan oleh Magaenthiran dan Ramakrishnan.

4. Jawatankuasa Khas dan Penasihat 2012-2014

4.1 - Mesyuarat mengesahkan senarai Penasihat Kavyan dan Jawatankuasa Khas Kavyan seperti berikut:

4.1.1 - Penasihat Agung: Datuk A. Samad Said

4.1.2 - Penasihat Perdana: Dr Krishanan Maniam

4.1.3 - Penasihat Kehormat: Encik K. Balasubramaniam

4.1.4 - Jawatankuasa Khas:

1) Ghanthimathi Subramaniam

2) Nizha Periaswamy

3) Pragalath Kumar

4) Varatharajan

5) Thiruselvam Padmanabhan

6) V. Vijayaletchumy

7) Salma Dhineswary

8) Thillai Kamalan

9) Kughan Nadarajah

4.2 - AJK Utama dan AJK Khas yang hadir memperkenalkan diri dan bertukar-tukar nombor telefon/e-mel bagi memudahkan komunikasi.

5. Foto dan Biodata Ahli Jawatankuasa

5.1 - Semua AJK Kavyan (Utama dan Khas) diminta mengirim biodata diri dan foto melalui e-mel kepada Uthaya sebelum 29 Februari 2012 untuk dimuatkan di Blog Kavyan.

6. Laporan Aktiviti & Isu Penting 7 November 2011 – 18 Februari 2012

6.1 - Jawatankuasa terbabit membentangkan laporan aktiviti yang dikendalikannya. Dua perkara penting yang diberi keutamaan adalah kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan isu royalti teks Komsas.

6.2 - Uthaya menerangkan apa yang sebenarnya berlaku sehingga novel Interlok Edisi Murid akhirnya ditarik balik dan digantikan dengan novel Konserto Terakhir. Uthaya juga menghubungi Datin Siti Saroja (isteri Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain) pada 17 Februari 2012 untuk memaklumkan bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang cuba menghubungi beliau. Pak Lah masih uzur dan belum dapat ditentukan bila beliau akan cukup sihat untuk menerima kunjungan wakil Kavyan.

6.3 - Uthaya menerangkan hasil Mesyuarat Khas di Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 Februari 2012 mengenai isu royalti teks Komsas.

6.3.1 - Penerbit masih bertegas tidak mahu membayar royalti kepada penulis walaupun dinasihatkan Pengarah BBT.

6.3.2 - BBT dan KPM mengakui ada kelemahan pada sistem kontrak teks Komsas dan berjanji akan memastikan kelemahan itu diatasi sepenuhnya bagi kontrak teks Komsas akan datang.

6.3.3 - Lebih ramai “mangsa” tampil mengadu berhubung isu sama.

6.3.4 - Para “mangsa” dijangka mengumumkan langkah drastik dalam masa terdekat.


7.1 - Tiada sebarang borang permohonan keahlian baru diterima untuk dinilai dan diluluskan pada mesyuarat ini.

7.2 - Kughan menawarkan diri untuk membuat borang keahlian yang boleh diisi secara dalam talian (online).

8. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT & SJKC

8.1 - Aktiviti ini selaras dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diusahakan Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun ini.

8.2 - Uthaya memaklumkan bahawa majalah e-baca (Kumpulan Media Karangkraf) bersedia menjadi penganjur bersama bagi program ini dengan turut membuat liputan khas mengenai sekolah terbabit untuk siaran di majalah berkenaan.

8.3 - Antara sekolah terbabit:

8.3.1 - SJKT Bukit Darah, Sungai Buloh – 3 Mac 2012 (Sabtu)

8.3.2 - SJKT Sungai Renggam, Shah Alam – Mac 2012

8.3.3 - SJKC Serdang Baru 1, Seri Kembangan – April 2012

9. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SMK

9.1 - Uthaya memaklumkan bahawa hasil pertemuan pada 16 Februari 2012, Ketua Editor Majalah DBP, Puan Padilah Haji Ali melahirkan minat pihaknya bekerjasama dengan Kavyan dalam mengendalikan program di atas di sekolah menengah kebangsaan.

9.2 - Kertas kerja sudah dikirim pada 17 Februari 2012 dan program ini dijangka dapat dimulakan tidak lama lagi.

10. Aktiviti Bersama Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU)

10.1 - Hasil perbincangan bersama pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), berikut beberapa aktiviti yang sudah dipersetujui untuk dianjurkan.

10.1.1 - Bengkel Penulisan Cerpen Remaja pada 26 Februari 2012 – KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.

10.1.2 - Bengkel Cereka UPSR pada 28 April 2012 melibatkan 30 murid.

10.1.3 - Dialog “Dari Salina ke Salina” bersama Datuk A. Samad Said sempena Pesta Buku Negeri Selangor pada Jun 2012.

10.1.4 - Bengkel Moral SPM pada 11 Ogos 2012. Program diuruskan oleh Prabhawathy.

10.1.5 - Baca Cerpen Kavyan pada Oktober 2012.

11. Karya Untuk Akhbar/Majalah serta Cabaran

11.1 - Uthaya menerangkan mengenai usaha mendapatkan karya penulis kaum India (Sastera Kavyan) untuk disalurkan ke akhbar dan majalah (bercetak dan dalam talian) berikutan permintaan yang semakin meningkat. Mesyuarat menyokong usaha ini.

11.2 - Ramakrishnan menerangkan mengenai karyanya yang sudah disalurkan ke sebuah majalah dan dijangka disiarkan pada April/Mei 2012. Mesyuarat mengucapkan tahniah dan menyokong usaha ini.

11.3 - Uthaya menerangkan mengenai dua cerpen Bahasa Tamil yang diterjemah ke Bahasa Malaysia dan dijangka disiarkan di sebuah majalah pada tahun ini. Projek ini sebagai usaha Kavyan memperkenalkan penulis Tamil di Malaysia kepada khalayak sastera kebangsaan.

11.4 - Uthaya menjelaskan mengenai sebuah artikel di Dewan Budaya (Februari 2012) yang didapati diciplak sekitar 50 peratus daripada makalahnya yang disiarkan di ruang siber. Pertemuan sudah diadakan bersama ketua editor dan editor pada 16 Februari 2012 untuk menyelesaikan isu itu secara baik. Mesyuarat merakamkan rasa kesal atas insiden ciplak seperti ini.

11.5 - Uthaya mendedahkan mengenai seorang individu “Bukan India” yang dikenali umum dalam bidang penulisan didapati “menghasut” editor beberapa majalah dengan meminta para editor tidak menyiarkan karya Sasterawan Kavyan dengan memberikan alasan bahawa Kavyan telah “melukakan hati orang Melayu dalam kontroversi novel Interlok Edisi Murid”. Mesyuarat menyelar tindakan individu terbabit yang bersikap rasis dan cuba memesongkan hakikat sebenar.

11.6 - Uthaya mendedahkan mengenai seorang tokoh “Bukan Melayu” yang menyebarkan fitnah mengenai Kavyan dengan cuba menghasut beberapa editor supaya tidak menyiarkan karya Sasterawan Kavyan dengan menggunakan “106 saranan pindaan” sebagai alasan. Tokoh itu juga mempersoalkan mengapa Kavyan mahu membantu penulis yang teraniaya dalam isu royalti Komsas. Uthaya sudah mengirim e-mel kepada beberapa editor mengenai perkara itu dan kandungan e-mel berkenaan boleh dibaca DI SINI.

12. Promosi Aktiviti Kavyan

12.1 - Mesyuarat membincangkan usaha dan cara-cara mempromosikan aktiviti Kavyan supaya sampai kepada lebih ramai anggota masyarakat pelbagai kaum.

12.2 - Media konvensional dan media alternatif serta media sosial akan turut digunakan bagi tujuan ini.

13. Hubungan Media & Pemantauan Media

13.1 - Mesyuarat membahagikan tugas melakukan pemantauan media berkaitan isu-isu dan topik yang melibatkan Kavyan atau memerlukan reaksi daripada Kavyan. Antaranya:

13.1.1 - Akhbar Bahasa Tamil – Thiruselvam

13.1.2 - Akhbar Bahasa Malaysia – Nizha

13.1.3 - Akhbar Bahasa Inggeris – Kughan

13.1.4 - Media Dalam Talian (Tamil) – Salma

13.1.5 - Media Dalam Talian (BM/BI) – Pragalath

13.1.6 - Majalah-majalah Karangkraf – Muniswaran

13.1.7 - Majalah-majalah DBP - Uthaya

13.2 - Mesyuarat bersetuju bahawa segala kenyataan media dan kenyataan rasmi Kavyan hanya akan dikeluarkan secara bertulis di blog.

13.3 - Uthaya menyatakan bahawa sejak Januari 2011, blog Kavyan menjadi “rujukan rasmi” wakil media dan pelbagai pihak lain turut melakukan pemantauan secara terperinci.

14. Hal-hal Lain

14.1 - Ramakrishnan bertanya mengenai isu Kamus Dewan di mana kaum “Bukan Melayu” dikatakan tidak berhak mengkritiknya. Uthaya menjelaskan perkara itu berdasarkan maklumat DI SINI dan DI SINI.

14.2 - Uthaya memaklumkan bahawa Kavyan menyumbangkan 165 naskhah kumpulan cerpen Kathakali sempena “Pertandingan Kolem 1Malaysia” di SMK Taman Sri Muda, Shah Alam.

14.3 - Muniswaran bertanya mengenai Anugerah Sastera Negara. Uthaya memaklumkan bahawa majlis penyampaian anugerah bagi Sasterawan Negara Ke-11, Datuk Kemala belum berlangsung. Pencalonan baru hanya akan dibuka selepas itu.

14.3.1 - Mesyuarat memutuskan untuk mengekalkan (tidak menarik balik) pencalonan Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera Negara yang dilakukan SEBELUM INI.

15. Penangguhan Mesyuarat

15.1 - Mesyuarat Jawatankuasa seterusnya adalah pada 29 April 2012, pukul 10:15 pagi.

15.2 - Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:30 pagi; diikuti makan tengah hari.

TAMAT