22 Jan 2010

Baca Cerpen Kathakali

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan acara Baca Cerpen Kathakali pada Ahad, 24 Januari 2010, bermula pukul 9:00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Persiaran Bandar Raya, Shah Alam.
.

Seramai 16 peserta pelbagai kaum akan membaca petikan 16 buah cerpen yang terkandung dalam buku Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009) yang dihasilkan oleh Uthaya Sankar SB.

.

Acara membaca cerpen ini merupakan kesinambungan program Baca Cerpen Kavyan pada tahun 2003 yang membantu Kavyan mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records melalui pembacaan cerpen-cerpen tanpa henti selama 96 jam 32 minit oleh 166 peserta pelbagai kaum.

.

Semasa acara Baca Cerpen Kathakali pada 24 Januari 2010, pihak Kumpulan Sasterawan Kavyan akan turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah berupa bahan bacaan kepada para penonton yang hadir.

.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti bahasa dan sastera anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan boleh diperoleh di www.kavyan.blogspot.com atau hubungi Jawatankuasa Kavyan melalui e-mel infokavyan@yahoo.com.my.

No comments: