23 Oct 2017

Sumbangan RM10 Untuk Projek Komuniti

Sejak Jun 2016, Projek Komuniti Kavyan dilaksanakan di Aulong Lama, Taiping, Perak bagi memperkasakan masyarakat akar umbi; khususnya kanak-kanak, remaja, belia dan wanita kaum India.


Rujuk MAKLUMAT DI SINI untuk senarai sebahagian aktiviti.

Projek Komuniti Kavyan dijayakan sepenuhnya menerusi sumbangan ikhlas daripada orang ramai.

Bagi menampung kos mengendalikan siri projek bulanan ini, kami sedang berusaha memohon sumbangan RM10 secara bulanan daripada insan budiman.


Sekiranya ada 20 individu menyumbangkan RM10 setiap bulan, maka akan ada 20 x RM10 = RM200 sebulan untuk menampung kos program.

Nombor akaun bank yang boleh digunakan:


Sumbangan wang tunai dan/atau barangan juga diterima.

Surat pengesahan penerimaan akan diberikan kepada penyumbang.

Hubungi 018-2214269 (telefon) atau 011-11411952 (WhatsApp) atau infokavyan@yahoo.com.my (e-mel)  jika ada sebarang pertanyaan.


Harap sudi juga berkongsi mesej ini dengan rakan-rakan dan kaum-keluarga yang pemurah dan budiman.