24 Apr 2021

Pertandingan Menulis Cereka “Tuhan”

1.0 Pengenalan

1.1 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 20 April 2021 mengesahkan bahawa kata “Tuhan” (huruf besar) hanya boleh digunakan bagi Allah Yang Maha Esa.

1.2 Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan [maklumat di sini].

1.3 Pertandingan ini dianjurkan dalam usaha membuka ruang dan peluang kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia menulis cereka (cerita rekaan) di mana watak-watak Bukan Islam masih berhak menggunakan “Tuhan” dalam konteks agama masing-masing, selaras hak yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

 

2.0 Penganjur

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Matahari Books.

 

3.0 Syarat Penyertaan

3.1 Karya cereka (cerita rekaan), termasuk kisah benar yang diolah semula dalam bentuk cereka kreatif.

3.2 Karya ditulis menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaan istilah dan perkataan bahasa-bahasa lain dibenarkan hanya jika tiada pilihan lain.

3.3 Warganegara Malaysia sahaja.

3.4 Peserta berumur minimum 18 tahun.

3.5 Terbuka kepada umat Bukan Islam dan Islam.

3.6 Cereka wajib menyelitkan penggunaan “Tuhan” (huruf besar) setiap kali watak Bukan Islam bercakap atau menyebut tentang Tuhan dalam konteks agamanya.

3.7 Panjang karya 500 – 600 perkataan sahaja.

3.8 Karya perlu memenuhi kriteria cereka dan karya kreatif.

3.9 Karya terjemahan tidak akan dinilai.

3.10 Karya mestilah asli tanpa sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli.

3.11 Karya belum pernah tersiar di mana-mana, termasuk media sosial dan blog.

3.12 Tidak menghina sesiapa atau mana-mana organisasi.

3.13 Cereka bukan mengenai Tuhan, tetapi mengenai manusia biasa.

3.14 Paparan budaya Bukan Melayu dan Bukan Islam digalakkan tetapi tidak diwajibkan.

3.15 Manuskrip perlu ditaip kemas menggunakan Microsoft Word, langkau dua (double spacing), dan fon Arial saiz 12.

3.16 Setiap peserta boleh mengirim sebuah karya sahaja.

3.17 Penilaian berasaskan ciri-ciri sebuah karya cereka bermutu, termasuk gaya penyampaian dan tatabahasa.

3.18 Keputusan panel adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.

3.19 Setiap penyertaan perlu disertakan nama penuh, nama pena (jika ada), alamat penuh, nombor telefon, alamat e-mel, dan biodata ringkas yang profesional (bukan biodata absurd) pada akhir manuskrip. Karya tanpa kesemua maklumat ini tidak dapat dinilai.

3.20 Manuskrip perlu dikirim sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com

 

4.0 Tarikh Tutup

4.1 Pertandingan ini ditutup secara muktamad pada 10 Mei 2021 (Isnin), pukul 9:00 malam (waktu Malaysia)

5.0 Hadiah

5.1 Maksimum lima (5) cereka terbaik menerima hadiah tiga buah buku terbitan Matahari Books, iaitu The Malay Tale of the Pig King (2020), Wanted: Botak Chin (2021), dan Kandaqstan (2017).

5.2 Maksimum lima belas (15) cereka menerima hadiah penghargaan antologi Landasan Hidup (2020) dan Peluru Aksara (2020).

5.3 Hadiah buku untuk maksimum 20 penulis terbabit akan dikirim menerusi PosLaju.

5.4 Kesemua cereka yang menerima hadiah akan dipaparkan di Blog Kavyan.

5.5 Hak cipta karya dipegang oleh para penulis terbabit tetapi penganjur berhak menerbitkan karya pemenang untuk bacaan umum.

5.6 Karya pemenang mungkin akan diterbitkan dalam bentuk buku sekiranya ada peruntukan dana; akan dimaklumkan kemudian.

5.7 Sekiranya cereka berkenaan disiarkan semula di tempat lain, maka perlu dinyatakan bahawa cereka itu pernah menang dalam Pertandingan Menulis Cereka Tuhan anjuran Kavyan-Matahari Books.

 

6.0 Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

6.1 Hubungi talian 011-11411952 (Uthaya Sankar SB) hanya jika ada sebarang pertanyaan di mana jawapan tidak ada dalam paparan di atas.