12 Feb 2021

Sesi Bedah Manuskrip Cerpen 2


Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Bedah Manuskrip Cerpen (6 Februari 2021) serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan dan bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan cerpen bermutu dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 6 Mac 2021 (Sabtu)

Masa: 8.00 – 10.00 malam

Platform: Google Meet

Pengeras: RM20

Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:

1. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (CIMB) sebelum 28 Februari 2021 (9:00 malam).

2. Anda mengirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952: Nama Penuh, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran sebelum 28 Februari 2021 (9:00 malam).

3A. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah cerpen baharu dan asli sepanjang 100 perkataan (minimum) hingga 200 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan cerpen, bukan keseluruhan cerpen.

3B. Jika manuskrip anda sudah dibincangkan pada Sesi Bedah Manuskrip Cerpen (6 Februari 2021), maka anda boleh menyambung cerita dan kirim bahagian awal + sambungan. Panjang bahagian sambungan adalah minimum 100 perkataan dan maksimum 200 perkataan.

4. Anda wajib menyemak manuskrip anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa.

5. Anda mengirim manuskrip cerpen itu ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 28 Februari 2021 (9:00 malam). Manuskrip yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan dilayan.

6. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca cerita yang anda tulis. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)

7. Anda akan menerima pengesahan daripada saya mengenai penerimaan bayaran (pengeras) dan manuskrip cerpen.

8. Saya akan menyemak aspek tatabahasa (ejaan, tanda baca, imbuhan, dan sebagainya) dan mengirim kembali manuskrip kepada anda menerusi e-mel sebelum 2 Mac 2021. (Langkah ini bagi memastikan kesalahan bahasa tidak perlu lagi dibincang semasa sesi berlangsung.)

9. Anda wajib membuat pembetulan tatabahasa dan mengirim semula manuskrip berkenaan ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 4 Mac 2021 (9:00 malam).

10. Pada 6 Mac 2021, sekitar 7:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.

11. Anda wajib mencetak manuskrip cerpen anda dan sediakan pen untuk mencatat nota sebelum mendaftar masuk bagi sesi di Google Meet.

12. Manuskrip cerpen anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan cerpen anda sebuah karya bermutu. Peserta lain juga akan berkongsi pandangan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan Sesi Bedah Manuskrip Cerpen 2, sila hubungi saya menerusi WhatsApp  011-11411952 sebelum 27 Februari 2021 (9:00 malam).