Pertandingan ini diadakan dalam usaha mencungkil bakat penulisan cerpen Bahasa Malaysia dalam kalangan kaum India di Malaysia.
Syarat dan Panduan Umum:
1. Warganegara
Malaysia, kaum India.
2. Umur minimum 18 tahun
pada 2021.
3. Karya fiksyen
berbentuk cerpen
(cerita pendek).
4. Karya Bahasa Malaysia
tetapi istilah bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian dan konteks
cerita.
5. Tema adalah bebas tetapi tidak
boleh menyentuh hal-hal yang menyentuh sesitiviti kaum dan agama.
6. Karya
mestilah 100%
asli tanpa sebarang bentuk peniruan atau ciplak yang menjadikan
karya itu tidak asli.
7. Panjang cerpen
mestilah minimum
500 perkataan.
8. Cerpen perlu
ditaip kemas
menggunakan Microsoft Word, fon Arial, saiz 12, langkau dua, dan ada
nombor halaman.
9. Cerpen
dengan terlalu banyak kesalahan bahasa (ejaan, imbuhan, tanda baca, dan
seumpamanya) tidak akan dinilai.
10. Setiap peserta
dibenarkan mengirim sebuah cerpen sahaja.
11. Judul cerpen dan nama penulis
perlu dinyatakan pada permulaan manuskrip.
12. Biodata ringkas penulis perlu
dinyatakan pada hujung manuskrip. [contoh]
13. Maklumat berikut juga perlu
dinyatakan pada hujung cerpen: Nama penuh (sebenar), alamat pos (lengkap), alamat
e-mel, nombor telefon, umur.
14. Maksimum 20
cerpen terbaik akan menerima hadiah set 10 buku berikut: Rudra Avatara (2008), Malaiur
Manikam (2015), Karupaya (2018), Thirukkural dan Megha Duta (2018), Busana Bahasa (2019), Ramayana dan Mahabharata (2019), Landasan Hidup (2020), Vetalam dan Vikramaditya (2020), Peluru Aksara (2020), dan Putaria (2020). [maklumat buku]
15. Manuskrip
perlu dikirim ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran
(attachment).
16. Tarikh
tutup: 28
Februari 2021 (6:00 petang).
17. Hak cipta karya dipegang oleh
penulis.
18. Karya tidak
boleh disiarkan di tempat lain — termasuk di media sosial dan blog — sehingga keputusan
rasmi diumum.
19. Cerpen
terpilih akan disunting dan disiarkan di blog Sastera Kavyan
pada Mac 2021.
20. Keputusan penilaian
adalah muktamad
dan tidak boleh dipertikai.
21. Hadiah buku
akan dikirim menggunakan PosLaju pada
Mac 2021.