27 Nov 2020

Pertemuan Penulis: Apa Khabar Kau di Sana?


Penularan pandemik Covid-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 mengurangkan ruang dan peluang untuk para penulis bertemu, berbual, berkongsi kisah, dan saling memotivasi.

Menyedari perlunya hal-hal ini dalam komuniti penulis, maka suatu pertemuan maya diatur mengikut kelaziman baharu (new norm).

Tarikh: 5 Disember 2020 (Sabtu)

Masa: 4.00 – 6.00 petang

Platform: Google Meet

Peserta

Peserta sesi “Pertemuan Penulis: Apa Khabar Kau di Sana?” terdiri daripada para penulis Malaysia — sama ada penulis baharu, penulis lama, atau bakal penulis. Terbuka kepada individu yang menulis dalam mana-mana bahasa (misalnya Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin).

Bahasa Pengantar

Sesi akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Pengisian

Sesuai dengan tajuk “Apa Khabar Kau di Sana?”, sesi ini secara umum bertujuan mengetahui perkembangan diri peserta/penulis — dalam bidang penulisan dan kehidupan seharian. Setiap peserta akan berkongsi kisah diri dan perkembangan terkini. Kejayaan dalam bidang penulisan sepanjang tahun 2020 juga boleh dikongsi dalam sesi ini. Selain memperkatakan cabaran yang dihadapi dalam bidang penulisan dan kehidupan seharian, para penulis/peserta akan turut berkongsi panduan dan cadangan bagi meneruskan penglibatan dalam bidang penulisan dalam situasi yang serba mencabar sekarang. Para peserta juga boleh membincangkan peluang penulisan yang boleh diteroka pada masa depan. Sesi ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk meluahkan isi hati dan saling memotivasi rakan-rakan penulis pelbagai kaum dan latar belakang.

Pendaftaran

Mana-mana penulis — penulis baharu, penulis lama, bakal penulis — yang mahu terlibat dalam sesi perbualan santai ini wajib mendaftar lebih dahulu. Sila kirim maklumat diri (Nama Penuh) ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya pada 3 Disember 2020 (6:00 petang).