13 Nov 2020

Sesi Diskusi Peluru Aksara


Antologi Peluru Aksara yang menggabungkan karya 16 penulis pelbagai kaum dan latar belakang terbit pada 10 November 2020.

Beberapa penulis dijangka tampil dalam sesi diskusi khas secara maya di Google Meet. Penulis terbabit akan membaca petikan karya dan berkongsi pengalaman menghasilkan karya yang termuat dalam antologi Peluru Aksara.

Apakah kesukaran yang dialami untuk menulis semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Apakah sumber idea dan apakah pula mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca?

Dalam sesi ini, akan turut dibincangkan tentang sambutan dan sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap usaha penulisan dan penerbitan antologi seperti Busana Bahasa, Landasan Hidup, dan Peluru Aksara yang dilaksanakan dalam skala kecil tanpa sokongan dana daripada mana-mana pihak.

Orang ramai (khasnya rakan-rakan, ahli keluarga, dan saudara mara) diundang untuk turut menyertai sesi ini bagi meraikan kejayaan para penulis yang terlibat dalam projek antologi ini.

Orang ramai juga boleh mengemukakan soalan (jika ada) kepada para penulis semasa sesi diskusi berlangsung.

Sesi akan berlangsung sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia.

Untuk mendaftar, sila kirim Nama Penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 15 Disember 2020.

Pautan (link) ke Sesi Diskusi Peluru Aksara akan dikirim menerusi WhatsApp pada sekitar pukul 7:45 malam, 18 Disember 2020.

Sebarang perkembangan akan dikemas kini di sini dari semasa ke semasa.