Projek Sumbangan Makan Tengah Hari yang disasarkan kepada sekumpulan
pelajar dan murid daripada keluarga miskin di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam
dimulakan pada 7 Julai 2014.
Projek ini dijayakan sepenuhnya dengan kerjasama rakan-rakan
yang prihatin. Apa yang lebih menarik, mereka tidak mengharapkan publisiti atau
nama dipaparkan kepada umum. Ternyata mereka benar-benar ikhlas dalam
menghulurkan sumbangan.
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada para penyumbang budiman yang menderma bagi membeli
barang-barang keperluan – CONTOH – CONTOH – CONTOH – CONTOH dan bahan-bahan untuk memasak – CONTOH – CONTOH – CONTOH.
Terus-terang, bukan mudah untuk menyediakan makan tengah
hari bermutu dan berkhasiat secara berterusan. Kos minimum untuk menyediakan
makan tengah hari bagi 20 murid/pelajar adalah RM100 sehari. Kerja-kerja
memasak dilakukan oleh seorang suri rumah, Puan Radha.
Besarlah harapan kami bahawa ahli politik tempatan serta
orang ramai akan terus-menerus memberikan sokongan dan sumbangan bagi
menjayakan projek ini.
Berikut beberapa tulisan berkaitan Projek Sumbangan Makan
Tengah Hari yang diusahakan oleh Kavyan dengan bantuan orang ramai.
“Kempen RM5 Seorang Politikus” – The Malay Mail Online, 30 Jun 2014
“Ketuk Pintu untuk Dibantu” – The Malaysian Insider, 30 Jun 2014
“Surat Terbuka kepada Politikus Kota Raja”
– 3 Julai 2014
Kunjungan ADUN Sri Muda dan Ahli Majlis Taman Sri Muda ke
Rumah Kavyan pada 4 Julai 2014 – FOTO 1 – FOTO 2 – FOTO 3
“Sumbangan Buku Terpakai untuk Rumah Kavyan”
– 23 Jun 2014
Pelajar/murid berkunjung ke Rumah Kavyan untuk membaca buku serta berkongsi cerita, selain menikmati makan tengah hari yang dihidangkan. Pelbagai bantuan lain turut diberikan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Biarlah foto berbicara
…
Foto-foto terkini boleh dirujuk di Facebook. Harap maklum bahawa kami di
Kavyan tidak berminat merakam foto pelajar/murid terbabit sedang makan kerana
tindakan itu agak kurang sopan, malah biadab.
Jika anda ingin menyumbangkan
wang atau barangan keperluan untuk Projek Sumbangan Makan Tengah Hari, dapatkan sedikit MAKLUMAT LANJUT DI SINI. Kemudian, sila
hubungi infokavyan@yahoo.com.my
atau kirim mesej peribadi menerusi Facebook atau hubungi talian 016-3288142 (Uthaya).
No comments:
Post a Comment