Tarikh: 12 Oktober
2013 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi –
2.00 petang
Tempat: Sekitar Jalan
Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka
kepada umum
Anjuran: Projek Dialog dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pendahuluan
Walaupun masyarakat pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agama
tinggal bersama di negara ini sejak berkurun-kurun lamanya, persefahaman dan
perasaan saling menghormati dalam kalangan Bangsa Malaysia sering
dipolitikkan pihak berkepentingan.
Dewasa ini, pelbagai isu berbaur perkauman dan konflik agama
disensasikan pelbagai pihak dan media. Gambaran negatif yang ditonjolkan ini
tidak dipersetujui majoriti Bangsa Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan
integrasi.
Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan) berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi dijalankan di Seremban dengan kerjasama Hidayah
Centre Negeri Sembilan.
Konvoi Rumah Ibadat IV
Tarikh: 12 Oktober
2013 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi –
2.00 petang
Tempat: Sekitar Jalan
Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka
kepada umum
Rumah-rumah Ibadat (berdasarkan keizinan diterima)
9:30 pagi - 10:15 pagi: Kuil Subramaniam
Chettiar, Jalan Ipoh (Berkumpul di tapak letak kereta kuil - RUJUK PETA DI SINI SUPAYA TIDAK SESAT). Sesiapa yang tiba selepas 10:15 pagi akan terlepas peluang menyertai konvoi. Panggilan telefon untuk bertanya panduan jalan tentu tidak dapat dilayan.
10:30 pagi - 11:15 pagi: Gurdwara, Jalan
Sentul
11:30 pagi - 12:00 tengah hari: Tokong Dewa
Pengawal, Jalan Sentul
12:15 tengah hari - 1:00 petang: Masjid Al-Hidayah,
Sentul
1:15 petang - 2:00 petang: Wat Buddha Sri
Lanka, Jalan Sentul (tempat bersurai)
Tujuan Konvoi
Kunjungan ini dilakukan dalam usaha murni membantu meningkatkan
persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama.
Peserta sendiri akan bertindak sebagai penyampai maklumat
mengenai rumah-rumah ibadat yang dikunjungi supaya dapat dilakukan dengan cara
yang mudah dan mesra.
Kunjungan ini diharapkan akan dapat menghindarkan segala salah
tanggap dan pandangan tidak benar mengenai rumah-rumah ibadat pelbagai agama.
Peserta Konvoi
Rombongan ini boleh disertai peserta pelbagai kaum, etnik,
budaya, bahasa dan agama yang berminat untuk mengeratkan perpaduan,
persefahaman dan mengeratkan persaudaraan.
Peserta digalakkan membawa ahli keluarga kerana dapat membantu
generasi muda menimba ilmu yang amat berguna ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.
Kesemua peserta yang berminat akan diterima tanpa prejudis.
Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa
agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling
memahami dan menghormati.
Tidak ada had minimum dan maksimum jumlah peserta.
Tidak ada had umur minimum dan maksimum.
Para peserta perlu mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah
ibadat yang dikunjungi.
Para peserta wajib berpakaian sopan dan sesuai.
Pengisian
Konvoi
Kunjungan ke rumah-rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong,
gereja, wat dan gurdwara secara berkonvoi.
Mendapatkan penerangan mengenai sejarah rumah-rumah ibadat dan
agama berkenaan.
Melihat sendiri aktiviti di rumah-rumah ibadat berkenaan.
Berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai. [Rujuk: Pentingnya Dialog Antara Agama]
Peserta digalakkan merakan foto/video untuk dipaparkan menerusi
laman rangkaian sosial seperti Facebook,
Twitter dan blog. [TONTON VIDEO LIPUTAN BBC WORLD NEWS] - [LAPORAN DI MALAYSIAN DIGEST] - [LAPORAN BBC NEWS ASIA] - [CATATAN ARLENE TAN] - [CATATAN UTHAYA] - [LAPORAN UTHAYA] - [LAPORAN RITA JONG] - [LAPORAN DIYANA IBRAHIM] - [LAPORAN DI INDONESIA] - Baca juga: Meraikan Kepelbagaian di Pitt Street dan Dari Kubur Yahudi ke Gurdwara.
Maklumat Konvoi Akan Datang
Konvoi Rumah Ibadat V: Kuil [MAKLUMAT LANJUT DI SINI]
Nota: Maklumat konvoi turut dipaparkan di laman Projek Dialog -- LIHAT DI SINI. Laporan program ini disiarkan di Projek Dialog (13 Oktober 2013) - SILA KLIK DI SINI untuk membacanya. [LIPUTAN BBC WORLD NEWS] - [LAPORAN DI MALAYSIAN DIGEST] - [LAPORAN BBC NEWS ASIA] - [CATATAN ARLENE TAN] - [CATATAN UTHAYA] - [LAPORAN UTHAYA] - [LAPORAN RITA JONG] - [LAPORAN DIYANA IBRAHIM] - [LAPORAN DI INDONESIA]