Monday, 19 October 2015

Bengkel Deklamasi Kavyan

Aktiviti
Bengkel Deklamasi Kavyan

Penganjur

Tarikh
28 November 2015 (Sabtu)

Masa
9:30 pagi – 3:30 petang

Tempat
Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]
Sebarang panggilan telefon atau kiriman SMS pada 27-28 November 2015 untuk bertanya panduan jalan tidak akan dilayan! [RUJUK PETA]

Pengenalan
Kavyan menganjurkan Bengkel Penulisan Puisi pada 15 Ogos 2015 bagi memberikan pendedahan mengenai penulisan puisi tradisional (khususnya pantun) dan puisi moden (sajak). Susulan daripada aktiviti berkenaan, Bengkel Deklamasi Kavyan dicadangkan bagi membuka ruang dan peluang kepada peminat puisi pelbagai kaum mempelajari teknik mendeklamasi puisi. Peserta akan dibimbing cara-cara menyampaikan, membacakan serta mendeklamasikan puisi tradisional dan puisi moden bagi acara di pentas.

Objektif
1 Mencungkil bakat baru deklamasi puisi dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik deklamasi puisi (sajak dan pantun) kepada peserta yang masih baharu dalam bidang ini
3 Mempersiapkan peserta bagi menyampaikan puisi secara berkesan di pentas pada acara anjuran Kavyan dan pihak luar
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap puisi Bahasa Malaysia dalam kalangan belia dan remaja pelbagai kaum

Peserta
Maksimum 12 peserta pelbagai kaum berumur minimum 15 tahun yang berminat mempelajari teknik mendeklamasi atau menyampaikan puisi secara berkesan di pentas. Individu yang belum ada pengalaman mendeklamasi puisi juga boleh menjadi peserta. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Individu yang tidak mampu menyertai bengkel sepenuhnya (100%) diingatkan supaya tidak mendaftar!

Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.

Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran (“pengeras”) seperti berikut:

a - Bukan Ahli Berdaftar Kavyan: RM10.00 seorang
b - Ahli Berdaftar Kavyan tetapi belum membayar yuran tahunan bagi 2015: RM10.00 seorang
c - Ahli Berdaftar Kavyan dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2015: RM5.00 seorang

Bayaran ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekali. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau menarik diri. Maklumat keahlian Kavyan – RUJUK DI SINI.

Cara Pembayaran
Bayaran perlu dibuat menerusi salah satu cara berikut:

A - Deposit ke akaun Kavyan – CIMB – 8600 5655 47
B - Deposit ke akaun Uthaya – Maybank – 11221 40 42 611
C - Bayaran tunai – kepada Shahrulnizam (penyelaras) SAHAJA

Permohonan penyertaan tidak dilayan jika bayaran belum dibuat. Sila isi borang hanya selepas bayaran dibuat.

Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN]

Etika di Rumah Kavyan
Semua peserta wajib berpakaian sopan. Rumah Kavyan adalah tempat larangan merokok. Para peserta diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian sepanjang bengkel berlangsung. Pengunjung dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda kerana akan mengganggu jiran-tetangga. Pengunjung dilarang naik ke tingkat atas rumah teres. Segala kemudahan tersedia di tingkat bawah. Tidak ada orang gaji di Rumah Kavyan. Maka, para pengunjung perlu mencuci sendiri pinggan-mangkuk serta menjaga kebersihan pada setiap masa. Sila patuhi segala syarat, peraturan, amaran dan arahan di Rumah Kavyan. [MAKLUMAT LANJUT]

Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Foto boleh dirakam untuk kenangan dan untuk dimuatkan di media sosial. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel berlangsung sehingga mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. Peserta yang melanggar syarat ini akan dihalau keluar tanpa belas kasihan! [Maklumat lanjut – Kekasihku, Telefon Pintar]

Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang berminat menimba ilmu pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel anjuran Kavyan.

Teks Puisi
Teks pantun (puisi tradisional) disediakan oleh pembimbing. Para peserta diminta mencetak dan membawa sekurang-kurangnya 5 sajak (puisi moden) yang diminati untuk dijadikan teks bacaan. Sajak yang dipilih boleh jadi karya sendiri atau karya pemuisi lain. Sajak Bahasa Tamil/Inggeris/Mandarin dibenarkan hanya jika terjemahan Bahasa Malaysia turut disediakan. Sajak yang dipilih perlulah sesuai untuk persembahan di pentas.

Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman luas mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak 1993. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit Bencana RTM, sebelum menjadi penulis sepenuh masa mulai 2011. Beliau terlibat dalam bidang deklamasi puisi sejak sekolah rendah; serta sering diundang membuat persembahan di pentas.

Penyelarasan
Persiapan, penyelarasan dan perjalanan bengkel diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kavyan yang berpengalaman menjayakan aktiviti Kavyan sejak 1999. Penyelaras bagi bengkel ini ialah Shahrulnizam Abd Hamid (Shahrul Rock).

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara bagi Bengkel Deklamasi Kavyan:

9:30 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran
Sarapan tidak disediakan

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama: Berkenalan dengan Puisi Tradisional
Teknik Penyampaian Pantun Secara Berkesan

11:30 pagi
Sesi Kedua: Berkenalan dengan Puisi Moden (Sajak)
Persiapan Awal Sebelum Naik ke Pentas

12:30 tengah hari
Makan tengah hari, solat, rehat
[Peserta wajib memaklumkan semasa mengisi borang pendaftaran jika ada sebarang pantang atau syarat dalam pemakanan]

1:30 petang
Sesi Ketiga: Memukau Khalayak Menerusi Sajak
Latihan Deklamasi Sajak

3:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang tidak disediakan
Bersurai

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan atau jika mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan sama sekali.

[Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 19 Oktober 2015]