28 Feb 2012

Aktiviti Memartabatkan Bahasa Malaysia

Pengenalan

Salah satu cabaran utama yang dihadapi golongan pendidik di sekolah rendah – khasnya SJK Tamil dan SJK Cina – adalah meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid. Kursus intensif jangka pendek berbentuk ceramah dan aktiviti interaktif ini direka khas untuk memupuk minat murid terhadap penggunaan Bahasa Malaysia yang betul dalam komunikasi serta menanam minat membaca buku cerita sebagai santapan minda. Kursus ini selaras dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Dasar MBMMBI


Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Uthaya Sankar SB turut terlibat dalam mesyuarat pelaksanaan MBMMBI pada 3 Ogos 2009 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menjadi asas kepada pelaksanaan dasar MBMMBI bermula tahun 2012. Secara umum, dasar ini bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat/murid pelbagai kaum.


Penganjur


Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)


Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya


Majalah e-baca (Kumpulan Media Karangkraf)


Pengisian Program


Ceramah, perkongsian pengalaman, idola bahasa, sesi bersama editor e-baca, liputan khas mengenai sekolah, aktiviti berkumpulan, membaca petikan cerpen, permainan menyambung cerita, sketsa, berpantun, sesi dialog dan sebagainya.


Hadiah Galakan


Hadiah berupa bahan bacaan dan alat tulis sumbangan Kavyan dan e-baca akan diberikan kepada peserta yang terlibat secara aktif. Majalah e-baca juga akan diberikan sebagai cenderamata.


Aktiviti Akan Datang


Tarikh: 3 Mac 2012 (Sabtu)


Masa: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari


Tempat: SJK (T) Bukit Darah, Sungai Buluh, Selangor


Maklumat Lanjut


Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung program ini, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my dan nyatakan “Aktiviti Memartabatkan Bahasa Malaysia” pada ruangan subjek e-mel.



“Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”