Friday, 9 March 2012

Pertandingan Fotografi Amatur

Pertandingan Fotografi Amatur Menggunakan Telefon Bimbit

Tema: “Jom Bergaya dengan Buku!”

1. Pertandingan fotografi amatur ini adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

2. Pertandingan ini dianjurkan sebagai salah satu pengisian kempen “Jom Bergaya dengan Buku!”

3. Tema yang ditetapkan adalah “Jom Bergaya dengan Buku!”

4. Terpulang kepada peserta untuk membuat interpretasi terhadap tema yang ditetapkan.

5. Pertandingan ini bukan pertandingan fotografi profesional.

6. Penilaian lebih tertumpu pada “tema” dan “kreativiti”, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional.

7. Foto yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini mestilah diambil menggunakan telefon bimbit.

8. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.

9. Foto berkenaan tidak boleh diubahsuai menggunakan sebarang perisian komputer (dan sebagainya) yang menjadikan foto itu tidak asli.

10. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

11. Tiada had umur, kaum, jantina (dan sebagainya) bagi peserta.

12. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama; serta tidak melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan Malaysia.

13. Segala kos menyertai pertandingan ini ditanggung sendiri oleh peserta.

14. Subjek dalam foto terbahagi kepada empat kategori: Kanak-kanak (bawah 13 tahun), Remaja (13-19 tahun), Dewasa (20-55 tahun) dan Warga Emas (lebih 55 tahun).

15. Kategori umur di atas BUKAN bagi peserta tetapi bagi subjek/individu yang dipaparkan dalam foto bertema “Jom Bergaya dengan Buku!”

16. Setiap peserta boleh mengirim maksimum empat penyertaan sahaja, iaitu satu penyertaan bagi setiap kategori subjek.

17. Kavyan berhak menggunakan mana-mana foto yang dikirim bagi tujuan pertandingan ini dalam mana-mana promosi kempen “Jom Bergaya dengan Buku!” tanpa sebarang bayaran.

18. Foto perlu dikirim sebagai lampiran (attachment) melalui e-mel.

19. Pada bahagian subjek (subject) e-mel yang dikirim, perlu ditulis “Pertandingan Fotografi Amatur”.

20. Maklumat berikut wajib dinyatakan dalam e-mel: Nama Penuh, Alamat Rumah, Nombor Telefon Bimbit, Alamat e-mel dan Kategori (Kanak-kanak, Remaja, Dewasa atau Warga Emas).

21. Penyertaan tanpa maklumat di atas tidak akan dilayan.

22. Setiap peserta secara automatik mengesahkan telah membaca kesemua syarat, mengesahkan foto yang dikirim adalah asli dan akur pada semua syarat pertandingan ini. Hak Cipta karya tetap milik peserta.

23. Mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau gagal mematuhi syarat yang ditetapkan akan digugurkan tanpa sebarang notis.

24. Pihak Kavyan akan membalas e-mel sebagai tanda pengesahan penerimaan.
25. Bagi penyertaan yang tidak memenuhi syarat, e-mel tidak akan dibalas.

26. Penyertaan perlu dihantar ke alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my

27. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2012 (Sabtu).

28. Penyertaan lewat tidak akan dilayan sama sekali.

29. Foto-foto akan dinilai oleh beberapa individu yang dipilih oleh pihak Kavyan.

30. Dua puluh penyertaan terbaik akan diberi hadiah; iaitu lima bagi setiap kategori.

31. Keputusan akan diumumkan di Blog Kavyan selewat-lewatnya pada 15 April 2012 (Ahad).

32. Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

33. Hadiah adalah dalam bentuk buku; sesuai dengan kempen “Jom Bergaya dengan Buku!”

34. Tajuk, jumlah dan nilai buku akan ditetapkan oleh pihak Kavyan.

35. Hadiah buku akan dikirim kepada pemenang melalui pos.

36. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hantar ke infokavyan@yahoo.com.my; tetapi hanya pertanyaan yang wajar dan sesuai akan dibalas.

Nota: Foto di atas sekadar hiasan.