25 Jan 2017

Bengkel Keluarga Harmoni

Program
Bengkel Keluarga Harmoni

Tarikh
11 Februari 2017 (Sabtu)

Masa
1:30 – 6:30 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Dewan Sangam
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, PERAK

Penganjur Bersama
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)


Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, memulakan Projek Komuniti Kavyan bagi penduduk sekitar Aulong dan Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. Pelbagai program dilaksanakan secara bulanan; misalnya Hari Keluarga Komuniti India (3 Jun 2016), Program Latihan Kepimpinan (17 Julai 2016), Program Memartabatkan Bahasa Malaysia (14 Ogos 2016), Bengkel Memperkasakan Wanita (25 September 2016), Temasya Bahasa (9 Oktober 2016), Program Pembimbing Rakan Sebaya (26 November 2016), Gotong-royong dan Permainan Tradisional (17 Disember 2016), serta Bengkel Lakonan Pentas (21 Januari 2017). Dana bagi menampung kos diperoleh daripada sumbangan orang ramai menerusi Tabung Projek Komuniti Kavyan.

Rasional
Projek Komuniti Kavyan diteruskan pada tahun 2017 dalam usaha memperkasakan komuniti akar umbi, khususnya kaum India di Aulong Lama, Aulong dan kawasan sekitarnya. Menyedari perlunya hubungan kekeluargaan yang erat dan harmoni, serta komunikasi positif dalam kalangan ahli keluarga, program khas dirangka dengan memanfaatkan kepakaran yang dimiliki Kavyan, Sangam dan Insaniah.

Objektif
1. Memberi peluang kepada remaja (anak-anak) untuk meluahkan perasaan dan pandangan dalam suasana yang sesuai dan kondusif
2. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluahkan perasaan, pandangan dan harapan dalam suasana yang kondusif
4. Membuka peluang ke arah interaksi positif dan harmoni melibatkan remaja dan ibu bapa
5. Mewujudkan persefahaman, kasih-sayang, dan perasaan saling memahami serta harmoni antara anak-anak dan ibu bapa
3. Memperkasakan institusi keluarga menerusi bimbangan kaunseling

Bahasa
Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Peserta digalakkan berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan mana-mana bahasa yang paling mereka senangi.

Peserta
Penyertaan terbuka kepada penduduk di Aulong Lama, Aulong atau kawasan sekitarnya. Peserta TIDAK BOLEH terlibat dalam progaram ini secara individu. Perlu ada penyertaan sekurang-kurangnya seorang anak (remaja berumur minimum 15 tahun) dan ibu/bapa/datuk/nenek.

[Individu yang BUKAN merupakan peserta berdaftar, atau petugas rasmi (Kavyan, Insaniah, Sangam) tidak dibenarkan berada di tempat program berlangsung. Sila JANGAN bawa anak-anak berumur di bawah 15 tahun bersama-sama anda.]

Pakaian Peserta
Para peserta diingatkan supaya memakai pakaian yang sopan, sesuai dan selesa. Peserta mungkin perlu terlibat dalam aktiviti permainan dan aktiviti lasak.

Barangan Keperluan
Para peserta perlu membawa kad pengenalan (MyKad) untuk memudahkan proses pengesahan kehadiran dan sijil penyertaan. Peserta juga boleh membawa air minuman, jika mahu. Jangan membawa apa-apa barangan berharga.

Telefon Bimbit
Para peserta akan diminta meletakkan telefon bimbit pada nada senyap (silent mode) serta memasukkan telefon bimbit ke dalam bakul khas yang disediakan. Tindakan ini bagi memastikan program tidak terganggu oleh sebarang panggilan telefon, mesej dan seumpamanya.

Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan benar-benar komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran seperti berikut:

Remaja [anak] (minimum 15 tahun) – RM2.00 sahaja
Dewasa [ibu, bapa, datuk, nenek]RM3.00 sahaja

Yuran penyertaan wajib diserahkan bersama-sama borang penyertaan. Borang tanpa yuran/bayaran tidak diterima. Yuran ini tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir. Yuran ini juga tidak boleh dipindahkan sebagai bayaran bagi aktiviti lain pada masa hadapan.

Borang Penyertaan
Individu yang berminat menyertai Bengkel Keluarga Harmoni perlu mendapatkan borang penyertaan daripada Puan Vanitha Murugan (AJK Sangam). Borang wajib diisi dengan lengkap menggunakan tulisan yang terang, jelas dan mudah dibaca, sebelum dikembalikan kepada Puan Vanitha bersama-sama yuran penyertaan.

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 4 Februari 2017 (Sabtu). Borang yang lewat tidak dilayan.

Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberi kepada individu yang mengisi borang penyertaan; menjelaskan yuran penyertaan; menghadiri bengkel sepenuhnya (dari 2:00 petang hingga 6:30 petang); serta terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Peserta yang hadir tetapi sibuk dengan kerja lain (internet, telefon, berbual, menghilangkan diri dan sebagainya) tidak layak menerima sijil penyertaan. Sijil akan diberikan kemudian; iaitu semasa program seterusnya.

Pengisian Bengkel
Berikut adalah rangka atur cara bagi Bengkel Keluarga Harmoni. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, serta tidak datang lewat bergaya (fashionably late). Hanya individu yang menyertai bengkel sepenuhnya (2:00 petang – 6:30 petang) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan layak menerima sijil penyertaan.

1:30 – 2:00 petang
Pendaftaran peserta (pengesahan kehadiran)
Pendaftaran ditutup pada 2:00 petang [Waktu Kavyan]
Peserta yang lewat tidak dibenarkan menyertai program!

2:00 – 3:00 petang
Pembimbing (Kavyan, Sangam, Insaniah) memperkenalkan diri.
Syarat dan peraturan yang wajib dipatuhi.
Meletakkan telefon bimbit di dalam bakul khas.

Sesi I – “Inilah Suara Hati Kami”
Peserta remaja (anak-anak) membincangkan dan menyenaraikan perkara-perkara yang mereka mahu ibu, bapa, datuk atau nenek mereka fahami dan hormati.
Peserta dewasa (ibu, bapa, datuk, nenek) membincangkan dan menyenaraikan perkara-perkara yang mereka mahu anak-anak/cucu mereka fahami dan hormati.

3:00 – 3:30 petang
Pembentangan – “Inilah Suara Hati Kami”
Sepanjang pembentangan, peserta lain tidak dibenarkan membuat sebarang komen, kritikan, ulasan atau mengemukakan pertanyaan.
Peserta yang mengganggu perjalanan program akan diarah keluar!
Hadiah untuk seorang peserta remaja terbaik; dan seorang peserta dewasa terbaik.

3:30 – 4:15 petang
Sesi II – “Reaksi Terhadap Suara Hati”
Peserta remaja (anak-anak) membincangkan dan menyenaraikan reaksi terhadap “suara hati” yang dibentangkan oleh peserta dewasa.
Peserta dewasa (ibu, bapa, datuk, nenek) membincangkan dan menyenaraikan reaksi terhadap “suara hati” yang dibentangkan oleh peserta remaja.

4:15 – 4:30 petang
Minum petang (layan diri)

4:30 – 5:00 petang
Pembentangan – “Reaksi Terhadap Suara Hati”
Sepanjang pembentangan, peserta lain tidak dibenarkan membuat sebarang komen, kritikan, ulasan atau mengemukakan pertanyaan.
Peserta yang mengganggu perjalanan program akan diarah keluar!
Hadiah untuk seorang peserta remaja terbaik; dan seorang peserta dewasa terbaik.

5:00 – 5:45 petang
Sesi III – Permainan Keluarga Harmoni
Peserta terlibat dalam siri permainan yang diatur oleh pembimbing.
Pembimbing (Kavyan, Sangam, Insaniah) menjadi penyelaras permainan.

5:45 petang – 6:00 petang
Ucapan 2 peserta remaja terbaik; dan 2 peserta dewasa terbaik.
Sesi fotografi berkumpulan.
Bersurai.

Penutup dan Harapan
Bengkel Keluarga Harmoni di bawah Projek Komuniti Kavyan pasti menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang disenaraikan. Usaha ini juga bagi memastikan kaum India di sekitar Aulong Lama, Taiping terlibat dalam aktiviti yang sihat dan membina diri; selain mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan keharmonian dalam keluarga.

Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Projek Komuniti Kavyan. Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Tabung Projek Komuniti Kavyan bagi membantu menampung kos pengendalian projek.