18 Feb 2017

Bengkel Komunikasi Awam Berkesan

Program
Bengkel Komunikasi Awam Berkesan

Tarikh
26 Mac 2017 (Ahad)

Masa
10:00 pagi – 1:30 petang
(peserta wajib hadir sepenuhnya)

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (NSCBICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
WazeMenara Sentral Vista

Penganjur
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Dengan Kerjasama
Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (Perunding Media)


Pengenalan
Pengucapan awam (public speaking) dan komunikasi awam (public communication) merupakan antara kemahiran insaniah (soft skills) yang amat penting dalam kehidupan, tetapi jarang diberikan perhatian; termasuk dalam sistem pendidikan rasmi. Bengkel Komunikasi Awam Berkesan (Effective Public Communication Workshop) dirangka khusus oleh jurulatih bertauliah yang berpengalaman luas dalam bidang pengucapan awam (public speaking) dan komunikasi awam (public communication). [BACA LAGI]

Pembimbing
Bengkel Komunikasi Awam Berkesan dirancang, dirangka, diatur dan dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB yang merupakan jurulatih bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), pengasas dan presiden Kavyan, pengerusi Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah), penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 1998/99), serta pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

Peserta
Penyertaan dibuka kepada 20 remaja, belia dan orang dewasa pelbagai kaum berumur minimum 13 tahun yang berminat mendalami aspek komunikasi awan dan pengucapan awam. Individu yang pemalu dan tidak pernah berucap di hadapan orang ramai juga dialu-alukan menjadi peserta. Bagaimanapun, individu yang sudah berikrar tidak mahu membuka mulut dan tidak mahu bercakap tidak perlu menjadi peserta!

Yuran Penyertaan
Peserta hanya dikenakan yuran seperti berikut. Bagaimanapun, jaminan diberikan bahawa kualiti kandungan bengkel adalah setaraf bengkel yang dikenakan bayaran ratusan ringgit.

PERCUMA – Bagi individu yang pernah menyertai mana-mana bengkel anjuran Kavyan pada tahun 2016. (Ada sijil penyertaan sebagai bukti.)

RM10.00 – Bagi ahli berdaftar Kavyan atau Insaniah yang tidak sempat menyertai sebarang bengkel anjuran Kavyan pada tahun 2016.

RM20.00 – Bagi individu yang tidak pernah menyertai mana-mana bengkel anjuran Kavyan pada tahun 2016, serta bukan ahli berdaftar Insaniah atau Kavyan. [BANDINGKAN HARGA DI TEMPAT LAIN]

Individu yang sudah membuat bayaran, tetapi gagal hadir atas apa-apa alasan, tidak berhak meminta bayaran itu dikembalikan.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang berminat menyertai Bengkel Komunikasi Awam Berkesan wajib mendaftar dengan dua langkah mudah berikut:

1. Lakukan bayaran ke salah satu akaun bank ini –

CIMB – Kavyan – 8600 5655 47
Maybank – Uthaya – 11221 4042 611

Tolong JANGAN kirim slip bayaran kepada penganjur!

Peserta yang termasuk dalam kategori “Percuma” boleh terus ke langkah berikutnya.

2. Lengkapkan borang penyertaan rasmi – KLIK DI SINI.

Tolong JANGAN kirim slip bayaran kepada penganjur!

Penganjur akan melakukan pengesahan dalam masa 48 jam.

Tarikh Tutup
20 Mac 2017 (Isnin), pukul 6:00 petang

Ketepatan Masa
Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, iaitu waktu sebagaimana ditetapkan. Peserta yang hadir lewat bergaya (fashionably late) tidak akan dibenarkan menyertai bengkel; dan yuran tidak akan dipulangkan.

Syarat Pakaian
Para peserta diwajibkan berpakaian sopan dan selesa. Pakaian yang mempamerkan jenama barangan (berunsur iklan percuma) tidak dibenarkan. Pakaian tradisional amat digalakkan.

Telefon Bimbit
Para peserta akan diminta meletakkan telefon bimbit di dalam sebuah bakul atau kotak khas yang disediakan. Langkah ini bagi memastikan tiada sebarang gangguan menerusi telefon bimbit sepanjang bengkel. Peserta yang tidak mahu berpisah dengan telefon bimbit akan diminta keluar.

Bahasa
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia; dengan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut keperluan dan kesesuaian. Peserta boleh menggunakan bahasa-bahasa lain dalam sesi pembentangan.

Sijil Penyertaan
Hanya peserta berdaftar yang menghadiri sepenuhnya bengkel dari mula hingga akhir, serta terlibat secara aktif sepanjang bengkel (tanpa mengganggu perjalanan bengkel) layak menerima sijil. Sijil hanya akan diberi kemudian.

Makan Tengah Hari
Makan tengah hari dalam bentuk juadah nabati (vegetarian) disediakan. Peserta yang tidak berpuas hati dengan menu yang disediakan boleh membawa makanan sendiri.

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan.

10:00 pagi
Meja pengesahan pendaftaran
Peserta wajib mendaftar lebih awal [borang di sini]
Pendaftaran ditutup pada tepat pukul 10:30 pagi
Peserta yang tiba lewat bergaya tidak akan dilayan

10:30 pagi
Peserta diminta memasukkan telefon bimbit ke dalam kotak khas
Ucapan Pengarah Baharu NSCBICC, Encik K. Ayyanar
Penyampaian cenderamata kepada Pengarah NSCBICC

10:45 pagi
Sesi I – Kenali Minda Khalayak

11:15 pagi
Sesi II – Konsep VVVIPP

12:00 tengah hari
Sesi III – Latihan Pembentangan Peserta
Setiap peserta wajib terlibat untuk layak menerima sijil
Pembentangan 1 minit (minimum) oleh setiap peserta
Komen daripada peserta dan pembimbing

12:30 tengah hari
Sesi IV – Soal-jawab bersama pembimbing
Perancangan aktiviti di NSCBICC bagi April 2017

1:00 petang
Sesi fotografi
Makan tengah hari
Bersurai

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut – hanya bagi hal-hal yang tidak terjawab dalam penerangan di atas – sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau talian 016-3288142 (Uthaya) sebelum 24 Mac 2017.