8 Jul 2016

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SK Sri Langat


Aktiviti
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia
di SK Sri Langat

Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh
10-11 September 2016 (Sabtu dan Ahad – Cuti Sekolah)

Masa
8:30 pagi – 5:00 petang

Tempat
SK Sri Langat, Banting, Selangor

Latar Belakang Program
DBP, DHRRA Malaysia, dan Kavyan menjayakan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SK Convent Aulong, Taiping pada 14-16 Mac 2016; dan di SK Guru Kalgidhar, Ipoh pada 30-31 Mei 2016. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencapai objektif yang disasarkan. [MAKLUMAT TAIPING DI SINI] [MAKLUMAT IPOH DI SINI] Pengalaman itu membuktikan bahawa selain di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Program Memartabatkan Bahasa Malaysia perlu juga dibuat di Sekolah Kebangsaan (SK), khususnya jika terdapat majoriti murid Bukan Melayu.

Maklumat Sekolah
SK Sri Langat terletak di Banting, Selangor dan merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Murid-murid kaum India di sekolah ini diberi peluang mengikuti kelas Bahasa Tamil sebagai subjek bahasa ibunda. Panita Bahasa Tamil dan Panitia Pendidikan Moral di sekolah ini amat aktif dan cemerlang. Misalnya, pada 9 April 2016, Karnival Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor dianjurkan di sekolah ini. Program Bakat Seni dan Budaya Kaum India dianjurkan di sekolah ini pada 30 Jun 2016 dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Objektif
1. Menggalakkan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum di bandar dan luar bandar.
2. Menimbulkan minat dan kecintaan murid terhadap Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat membaca buku cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum.
4. Membuka ruang murid pelbagai kaum meluahkan isi hati dan kreativiti menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, selaras objektif program serta usaha membina keyakinan diri dalam kalangan peserta (murid) yang menyertai bengkel ini.

Jumlah Peserta
Peserta terdiri daripada 50 murid (Tahun 4-6) kaum India dari pelbagai latar sosio-ekonomi. Sejumlah 10 guru akan turut menjadi peserta dan bertugas sebagai ketua kumpulan. (Peserta akan dibahagikan kepada lima kumpulan.) Kesemua peserta (murid dan guru) wajib menyertai aktiviti sepenuhnya pada 10-11 September 2016 untuk layak menerima sijil penyertaan.

Pembimbing Utama
Uthaya Sankar SB merupakan pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya dan jurulatih bertauliah HRDF yang berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan, aktiviti penghayatan sastera dan program galakan membaca di seluruh negara.

Pembantu Pembimbing
Beberapa wakil Kavyan dan DHRRA Malaysia akan bertugas sebagai pembantu pembimbing sepanjang program. Sejumlah 10 guru SK Sri Langat diberikan peluang menjadi peserta dan sekali gus ketua kumpulan.

Pengisian Program
Berikut adalah rangka atur cara bagi program yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian bengkel ini secara didik-hibur merangkumkan secara holistik visi, misi, strategi dan sasaran Program Memartabatkan Bahasa Malaysia.

Hari Pertama – 10 September 2016 (Sabtu)

8:30 pagi – 9:00 pagi
Pendaftaran peserta
Sarapan
9:00 pagi – 9:30 pagi
Ketibaan Keluarga Kavyan
9:30 pagi – 10:00 pagi
Pengacara: Guru SK Sri Langat
Ucapan Guru Besar SK Sri Langat, Puan Hajah Norzian bt Md Som
Ucapan Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB
10:00 pagi – 11:00 pagi
Pembahagian kumpulan
Menghayati cerita rakyat – Nari! Nari!
Penghayatan cerita, watak dan perwatakan
11:00 pagi – 12:00 tengah hari
Bimbingan mengolah skrip sketsa lakonan pendek
Panduan lakonan pentas
12:00 tengah hari – 1:00 petang
Membuat topeng dan peralatan (prop) lakonan
1:00 petang – 2:00 petang
Makan tengah hari
Mengisi borang maklumat diri
2:00 petang – 3:30 petang
Latihan lakonan dengan bimbingan Keluarga Kavyan
3:30 petang – 4:30 petang
Pengenalan kepada puisi tradisional (pantun)
Nyanyian lagu “Rasa Sayang”
4:30 petang – 5:00 petang
Minum petang

Hari Kedua – 11 September 2016 (Ahad)

8:30 pagi – 9:00 pagi
Pendaftaran peserta
Penyerahan borang maklumat diri
Sarapan
9:00 pagi – 9:30 pagi
Ketibaan Keluarga Kavyan
Latihan drama oleh peserta
9:30 pagi – 10:30 pagi
Latihan lagu puisi berdasarkan buku Nari! Nari!
10:30 pagi – 11:30 pagi
            Latihan drama pendek
Ketibaan ibu bapa dan penjaga
Ketibaan wakil DBP
Ketibaan wakil DHRRA Malaysia
11:30 pagi – 1:00 petang
Pengacara: Cikgu Anuradha Chelliah
Persembahan peserta  
            Sketsa Nari! Nari! – 5 kumpulan
            Nyanyian Rasa Sayang – 1 kumpulan terbaik
            Nyanyian Jambu Air – 1 kumpulan terbaik
Ucapan Guru Besar SK Sri Langat, Puan Hajah Norzian bt Md Som
Ucapan Presiden DHRRA Malaysia, Encik Saravanan M. Sinapan
Ucapan wakil Keluarga Kavyan, Encik Sivasankar Narayanan
Ucapan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan DBP, Encik Abdul Wahab Hamzah
Penyampaian sijil penyertaan
Penyampaian cenderamata
Sesi fotografi berkumpulan
12:30 tengah hari – 1:30 petang
            Makan tengah hari
1:30 petang – 3:30 petang
            Sesi khas DHRRA Malaysia bersama ibu bapa
(Sesi ini dalam Bahasa Tamil)

Penutup dan Harapan
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang diinginkan KPM. Kedudukan DBP sebagai agensi bahasa dan sastera serta Kavyan sebagai penggiat bahasa dan sastera pasti akan membawa hasil yang diharapkan. Penglibatan DHRRA Malaysia yang menjalankan khidmat bagi komuniti India akar umbi menjadikan program ini lebih bermakna. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan sejak usia muda.