Aktiviti
Bengkel Penulisan Pantun
Tarikh
31 Julai 2016 (Ahad)
Masa
10:00 pagi – 1:00 petang
Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pusat Kebudayaan India (ICC), Brickfields
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengenalan
Puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan mantera sudah sebati dengan Alam Melayu sejak dahulu. Walaupun puisi moden (sajak) menjadi pilihan ramai pada masa kini, puisi tradisional – khasnya pantun – terus mekar dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Selain daripada kaum Melayu, mayarakat Chetti dan Baba juga sinonim dengan pantun.
Rasional
Generasi muda pelbagai kaum wajar didedahkan tentang keunikan pantun – khususnya pantun empat kerat – supaya mereka mampu menikmati dan menghayati sebahagian khazanah seni dan budaya tradisional yang menjadi kebanggaan negara. Tambahan pula, pengajaran pantun terdapat dalam sukatan pelajaran di sekolah. Pantun juga boleh dijadikan bahan didik hibur, dan menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggu (KBAT) seperti disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maka, suatu aktiviti berbentuk bengkel akan dijalankan khusus untuk membimbing peserta mengenai teknik memahami, penghayati, melagukan serta mengarang pantun menggunakan ciri-ciri tradisional.
Pembimbing
Peserta akan dibimbing oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang berpengalaman menerbitkan karyanya di hampir kesemua media arus perdana sejak 1992. Penulis sepenuh masa ini menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil, serta merupakan jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), dan pengurus latihan di DHRRA Malaysia. [Biodata Penuh]
Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia sebagai sebahagian pengisian Program Memartabatkan Bahasa Malaysia. Individu yang berpura-pura tidak tahu Bahasa Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.
Peserta
Penyertaan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa) berumur minimum 10 tahun. Penyertaan akan ditutup apabila sudah cukup 30 peserta. Peserta wajib mampu berkomunikasi (membaca, menulis, bercakap) menggunakan Bahasa Malaysia. Golongan guru, ibu bapa dan penjaga, serta orang awam juga digalakkan menyertai bengkel ini. Harap maklum bahawa hanya peserta berdaftar dibenarkan berada di dewan sepanjang bengkel berlangsung.
Pakaian
Para peserta dinasihatkan supaya memakai pakaian yang sopan dan selesa apabila menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.
Yuran Penyertaan
Tiada yuran penyertaan, tetapi peserta wajib mengisi borang penyertaan sebelum 20 Julai 2016. Penyertaan lewat tidak dilayan. Penyertaan akan ditutup awal sekiranya sudah ada 30 peserta. Peserta yang sudah mendaftar tetapi gagal hadir, tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti Kavyan sepanjang tahun 2016. Sekiranya mana-mana peserta mahu menarik diri, sila lakukan sebelum 20 Julai 2016.
Borang Penyertaan
Borang penyertaan – KLIK DI SINI – perlu diisi selewat-lewatnya pada 20 Julai 2016, pukul 5:00 petang (waktu di Malaysia). Borang yang diisi lewat TIDAK dilayan. [BORANG PENYERTAAN] Setiap borang yang lengkap dan selamat diterima akan dijawab menerusi e-mel dalam masa 48 jam. Sekiranya tiada balasan, maknanya borang tidak diterima. [BORANG PENYERTAAN] Penyertaan akan ditutup sekiranya sudah ada 30 peserta mendaftar. PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP!
Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 20 Julai 2016, pukul 5:00 petang (waktu di Malaysia); atau ditutup lebih awal jika sudah ada 30 peserta. Borang yang diisi lewat TIDAK dilayan. Sekiranya mana-mana peserta mahu menarik diri, sila lakukan sebelum 20 Julai 2016.
Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan hanya diberi kepada individu yang mengisi borang pada/sebelum 20 Julai 2016; menghadiri bengkel sepenuhnya (dari 10:00 pagi hingga 1:00 petang) pada 31 Julai 2016; serta terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan; termasuk menulis dan menyampaikan pantun yang dihasilkan. Peserta yang hadir tetapi sibuk dengan kerja lain (internet, telefon, berbual, menghilangkan diri, dan sebagainya) tidak layak menerima sijil penyertaan.
Pengisian dan Atur Cara
Berikut adalah rangka atur cara bagi Bengkel Penulisan Pantun. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, serta tidak datang lewat bergaya (fashionably late). Hanya individu yang menyertai bengkel sepenuhnya (10:00 petang – 1:00 petang) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan layak menerima sijil penyertaan.
9:30 – 10:00 pagi
Pendaftaran (pengesahan kehadiran)
Sarapan tidak disediakan
Pendaftaran ditutup pada 10:00 pagi
Peserta yang lewat tidak layak menerima sijil
10:00 – 10:50 pagi [Waktu Kavyan]
Bengkel Penulisan Pantun I
Memahami dan Menghayati Pantun
11:00 – 11:50 pagi
Bengkel Penulisan Pantun II
Latihan Menulis Pantun Empat Kerat
12:00 – 12:50 tengah hari
Bengkel Penulisan Pantun III
Nyanyian Lagu Rasa Sayang
Pemilihan Pantun Untuk Siaran
1:00 – 1:30 petang
Ucapan Pengarah ICC
Penyampaian sijil penyertaan
Fotografi berkumpulan
Makan tengah hari
Barangan Keperluan
Setiap peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota. Barangan ini tidak disediakan. Penggunaan komputer, telefon pintar dan peralatan elektronik lain untuk menulis nota dan membuat latihan/tugasan tidak dibenarkan. Peserta yang gagal membawa alat tulis akan diarah keluar dari dewan.
Telefon Bimbit
Para peserta diarah meletakkan telefon bimbit dan telefon pintar dalam mod senyap, serta tidak sibuk bercinta dengan telefon dan peralatan elektronik lain sepanjang bengkel. Telefon bimbit boleh digunakan untuk mengambil foto/video sepanjang bengkel; tetapi foto/video hanya boleh dimuat naik (upload) semasa waktu rehat. Pembimbing berhak merampas telefon sekiranya peserta sibuk melayan telefon pintar dan telefon bimbit semasa bengkel (10:00 pagi – 1:00 petang).
Penutup dan Harapan
Bengkel Penulisan Pantun yang dianjurkan di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia pasti memberikan nilai tambah kepada murid-murid, para pelajar, guru, ibu bapa dan sesiapa yang mahu memahami dan menghayati pantun secara lebih mendalam. Pantun bermutu yang terhasil menerusi bengkel ini akan disalurkan ke majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 20 Julai 2016 untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bengkel Penulisan Pantun. Layari www.kavyan.blogspot.my dari semasa ke semasa untuk maklumat berkaitan aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.