Aktiviti
Bengkel Cerpen Kavyan
Penganjur
Tarikh
23 April 2016 (Sabtu)
Masa
10:00 pagi – 4:00 petang
Tempat
[Waze – Jalan
Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]
Lokasi
berdekatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Sri Muda, Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Amaran: Panggilan
telefon pada tarikh bengkel untuk bertanya panduan jalan tidak dilayan!
Pengenalan
Penglibatan penulis pelbagai
kaum yang mampu memaparkan keunikan dan
variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen yang ditulis
menggunakan Bahasa Malaysia
pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha
Kavyan membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan cerpen
dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; khususnya penulis kaum India. Bengkel
intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini
direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal
penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan
penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar
sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil dan
orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen.
Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis
cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum.
2 Memberi pendedahan awal mengenai
teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan
kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan
cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Tunas Cipta dan Dewan
Siswa.
4 Memupuk minat dan kecintaan
terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.
Peserta
Maksimum 15 peserta
(belia, remaja, pelajar, dewasa) pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik
menghasilkan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga
boleh menjadi peserta. Umur minimum 15 tahun dan berminat menulis cerpen
remaja. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini.
Para peserta wajib berpakaian sopan apabila
menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.
Yuran Penyertaan
Bagi memastikan hanya individu
yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM20.00. Bayaran ini
perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan.
Pembayaran
Yuran
Bayaran perlu
dibuat ke akaun Maybank
(Uthaya) 112214042611 atau CIMB (Kavyan) 8600565547 sebelum
mengisi borang pendaftaran. Peserta TIDAK PERLU mengemukakan resit pembayaran
kepada penganjur! Simpan sahaja resit itu sebagai rujukan peribadi. Bayaran tidak dikembalikan jika individu
terbabit gagal hadir pada tarikh acara. Borang yang
diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekali. Permintaan untuk membuat pembayaran pada
tarikh bengkel TIDAK dilayan.
Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai
bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran
Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep
“yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN]
Cenderamata Peserta
Setiap peserta yang mendaftar awal
serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima cenderamata berupa bahan
bacaan dan sijil penyertaan daripada Kavyan. Bahan bacaan
berkenaan akan turut dijadikan teks rujukan semasa bengkel penulisan cerpen.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB mempunyai
pengalaman amat luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992.
Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini
antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM
(TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan
Penolong Editor akhbar Sinar Harian serta penyelia Unit
Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga kolumnis di portal berita Free
Malaysia Today, The Malay Mail Online, Projek Dialog, Roketkini,
Kuala Lumpur Post danThe Malaysian Insider. Cerpen-cerpennya
tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta
mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Kavyan pula mempunyai pengalaman luas
mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak diasaskan pada
22 Ogos 1999.
Bahasa
Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara bagi bengkel berkenaan:
9:30 pagi
Ketibaan peserta, pendaftaran
[Sarapan TIDAK
disediakan]
Sesi Pertama: Unsur-unsur Sastera
11:00 pagi
Sesi Kedua: Unsur-unsur Cerpen
12:00 tengah hari
Sesi Ketiga: Etika Penulisan dan Panduan Manuskrip
1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat
[Sila maklumkan semasa mendaftar jika anda vegetarian]
2:00 petang
Sesi Keempat: Praktikal
Latihan
menulis cerpen
Bedah karya
peserta
3:30 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang
Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh
menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika
ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum
bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak akan dilayan sama sekali.