Memandangkan
program dijalankan selama tiga hari, maka beberapa aspek digabungkan. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia
digabungkan dengan Bengkel Kesedaran dan
Motivasi yang disasarkan kepada komuniti akar umbi, iaitu guru, ibu bapa,
penjaga dan murid-murid SK Convent Aulong.
Penganjur Bersama
Persatuan
Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Panitia Bahasa Melayu, SK Convent
Aulong, Taiping
14-16
Mac 2016 (Isnin-Rabu)
Masa
8:00
pagi – 6:00 petang
Tempat
Dewan,
SK Convent Aulong, Taiping
Pengenalan
Kempen
“Memartabatkan Bahasa Malaysia” dimulakan oleh Kementerian Pendidikan dalam
usaha murni menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan
murid-murid dan pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran mata pelajaran
teras berkenaan.
Menyedari
hakikat bahawa jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia di sekolah vernakular adalah terhad serta peluang menggunakan bahasa
berkenaan di luar bilik darjah juga terhad, Jabatan Pengembangan Bahasa dan
Sastera DBP serta Kavyan menjalankan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di
beberapa SJKT dan SJKC sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 2014 dan 2015.
ITBM turut terlibat dalam membantu Kavyan menjayakan program galakan membaca dan program Memartabatkan Bahasa Malaysia.
ITBM turut terlibat dalam membantu Kavyan menjayakan program galakan membaca dan program Memartabatkan Bahasa Malaysia.
DHRRA
Malaysia adalah sebuah NGO yang antara lain mengendalikan pelbagai aktiviti
yang disasarkan kepada kelompok murid dan penduduk akar umbi di luar bandar;
khususnya komuniti India.
DHRRA Malaysia dan Kavyan bekerjasama dengan DBP untuk menjayakan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia
yang dirangka khusus bagi sekumpulan murid SK Convent Aulong, Taiping. Turut
diselitkan bengkel kesedaran dan motivasi yang disasarkan kepada murid-murid,
para guru, ibu bapa dan penjaga.
1.
Menanam kecintaan terhadap Bahasa Malaysia
2.
Memupuk minat membaca karya bermutu
3.
Memberi motivasi kepada kanak-kanak dan ibu bapa di luar bandar
4.
Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan kanak-kanak
5.
Mengenal pasti isu dan masalah dalam kalangan komuniti akar umbi
SK Convent
Aulong yang ditubuhkan pada 1954 terletak di Aulong,
Taiping. Pada tahun 2015, terdapat 135 murid; iaitu 135 murid kaum India, 34
Melayu dan 5 Cina. Sejak 2003, tiada murid yang mendapat 5A dalam UPSR.
Pelbagai foktor menyumbang kepada keadaan ini. Antaranya, kedudukan
sosio-ekonomi yang rendah, kurang suntikan motivasi, ibu bapa yang kurang
berpelajaran, serta persekitaran yang kurang kondusif. Walaupun para guru
sangat dedikasi, kerjasama pihak luar diperlukan untuk membantu murid-murid
sekolah ini membina keyakinan diri dan cemerlang dalam hidup, Motivasi dan
ceramah kesedaran juga perlu ditujukan kepada ibu bapa. Menurut guru besar,
para guru, PIBG, ibu bapa dan murid-murid sedia memberikan kerjasama jika ada
pihak luar yang sudi mengendalikan program khas bagi mereka.
Bengkel
akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, selaras
usaha membina keyakinan diri dalam kalangan peserta (murid) yang menyertai
bengkel ini. Sesi bersama ibu bapa pula boleh diselitkan Bahasa Tamil mengikut
keperluan.
Jumlah Peserta
Pihak
sekolah memilih 50 murid (Tahun 3-6) dari pelbagai latar sosio-ekonomi.
Keutamaan diberi kepada murid-murid daripada keluarga yang memerlukan
perhatian, supaya boleh disusuli oleh pihak DHRRA Malaysia dan Kavyan pada masa
hadapan.
Pengisian Program
Berikut
adalah rangka atur cara bagi program yang akan dijalankan. Pengisian dan
pengendalian bengkel ini merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, strategi
dan sasaran DBP, DHRRA Malaysia dan Kavyan.
Puisi
Tradisional dan Puisi Moden
8:00
pagi – 8:30 pagi
Ucapan
Guru Besar SK Convent Aulong
Ucapan
Yang Dipertua PIBG SK Convent Aulong
Ucapan
Presiden DHRRA Malaysia
(Ibu
bapa, penjaga dan guru turut hadir)
8:30
pagi – 9:00 pagi
Sarapan
9:00
pagi – 11:00 pagi
Pengenalan
kepada puisi tradisional (pantun)
11:00
pagi – 1:00 petang
Pengenalan
kepada puisi moden dan penyair Malaysia
1:00
petang – 2:00 petang
Makan
tengah hari
2:00
petang – 4:00 petang
Menulis
puisi tradisional dan puisi moden
4:00
petang – 4:30 petang
Minum
petang
4:30
petang – 6:00 petang
Persembahan
puisi oleh peserta
(Ibu
bapa, penjaga dan guru hadir sebagai penonton)
Cerita
Rakyat
8:00
pagi – 8:30 pagi
Pendaftaran
Sarapan
8:30
pagi – 10:30 pagi
Menghayati
cerita rakyat
Buku Nari! Nari! dijadikan teks
10:30
pagi – 12:30 tengah hari
Bimbingan
mengolah skrip sketsa lakonan pendek
12:30
tengah hari – 1:30 petang
Makan
tengah hari
1:30
petang – 3:30 petang
Latihan
lakonan dengan bimbingan Kavyan
3:30
petang – 4:00 petang
Ketibaan
ibu bapa dan penjaga
Ketibaan
wakil DBP
Minum
petang
4:00
petang – 6:00 petang
Ucapan
Guru Besar
Ucapan
wakil DBP
Persembahan
lakonan cerita rakyat
(Ibu
bapa, penjaga dan guru hadir sebagai penonton)
Cerita
Pendek (Cerpen) dan Cerita Rekaan (Cereka)
8:00
pagi – 8:30 pagi
Sarapan
8:30
pagi – 10:30 pagi
Pengenalan
kepada cerpen dan cereka, serta cerpenis Malaysia
10:30
pagi – 12:30 tengah hari
Bimbingan
menulis cerpen dan cereka
12:30
tengah hari – 1:30 petang
Makan
tengah hari
1:30
petang – 3:30 petang
Latihan
menulis cerpen dan cereka
(Karya
bermutu akan disalurkan ke majalah Dewan
Pelajar)
3:30
petang – 4:00 petang
Minum
petang
4:00
petang – 6:00 petang
Sesi
perkongsian bersama-sama ibu bapa, penjaga dan murid-murid. Turut diselitkan
motivasi dan kaunseling secara berkumpulan.
Pembimbing Utama
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman amat luas
dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Cerpen-cerpennya
tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta
mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (1996/97 & 1998/99), dan Anugerah Duta Keamanan daripada Universal Peace Federation (2008). Sejak
1993, pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
ini berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan, aktiviti penghayatan sastera
dan program galakan membaca di seluruh negara.
Beberapa
wakil Kavyan akan bertugas sebagai pembantu kepada Uthaya Sankar SB sepanjang bengkel
tiga hari ini.
Maklumat Lanjut
Untuk
maklumat lanjut berhubung bengkel ini, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau Facebook.
Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia ini dijangka menjadi pemangkin dan peneraju
kepada usaha mencapai objektif yang diinginkan Kementerian Pendidikan.
Kedudukan DBP dan ITBM sebagai agensi bahasa dan sastera serta Kavyan sebagai penggiat
bahasa dan sastera pasti akan membawa hasil yang diharapkan. DHRRA Malaysia
pula prihatin terhadap usaha memperkasa komuniti akar umbi. Program tiga hari
ini juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi,
bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Program sama akan dilaksanakan di
sekolah-sekolah lain yang menunjukkan minat. Program seterusnya di SK Guru Kalgidhar, Ipoh (30-31 Mei 2016).