Aktiviti
Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia di SK Guru Kalgidhar
Penganjur
Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP)
Persatuan
Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)
Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh
30-31
Mei 2016 (Isnin dan Selasa – Cuti Sekolah)
Masa
8:30
pagi – 5:30 petang
Tempat
SK Guru
Kalgidhar,
Buntong, Ipoh, Perak
Latar Belakang
Program
DBP, DHRRA
Malaysia, ITBM dan Kavyan menjayakan ProgramMemartabatkan Bahasa Malaysia di SK Convent Aulong, Taiping pada 14-16 Mac
2016. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencapai objektif yang
disasarkan. [MAKLUMAT
DI SINI] Pengalaman itu membuktikan bahawa selain di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Program Memartabatkan Bahasa Malaysia perlu juga dibuat di Sekolah Kebangsaan
(SK), khususnya jika terdapat majoriti murid Bukan Melayu.
SK Guru
Kalgidhar di Jalan Guntong, Buntong, Ipoh, Perak ditubuhkan pada 1948. Pada
tahun 2016, terdapat 70 murid; di mana kesemua murid adalah kaum India
(termasuk keturunan Punjabi). Memandangkan kesemua murid adalah kaum India, bahasa ibunda banyak
digunakan dalam komunikasi, termasuk di sekolah. Walaupun para guru sangat
dedikasi, kerjasama pihak luar diperlukan untuk membantu murid-murid sekolah
ini membina keyakinan diri dan cemerlang dalam hidup, serta mencintai bahasa
kebangsaan.
Objektif
1. Menggalakkan serta
memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum di bandar dan luar
bandar.
2. Menimbulkan minat dan
kecintaan murid terhadap Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat membaca buku
cerita Bahasa Malaysia dalam kalangan murid pelbagai kaum.
4. Membuka ruang murid pelbagai
kaum meluahkan isi hati dan kreativiti menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
medium komunikasi.
Bahasa
Bengkel
akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia,
selaras objektif program serta usaha membina keyakinan diri dalam kalangan
peserta (murid) yang menyertai bengkel ini.
Jumlah Peserta
Peserta
terdiri daripada 45 murid (Tahun 4-6) kaum India (termasuk keturunan Punjabi) dari
pelbagai latar sosio-ekonomi. Sejumlah 5 guru akan turut menjadi peserta dan
bertugas sebagai ketua kumpulan. (Peserta akan dibahagikan kepada lima
kumpulan.) Kesemua peserta (murid dan guru) wajib menyertai aktiviti sepenuhnya
pada 30 dan 31 Mei 2016 untuk layak menerima sijil penyertaan.
Pembimbing Utama
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman luas
dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Beliau antara lain
pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1),
Penyunting Kandungan Berita di Bernama
Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar
Harian serta penyelia Unit Bencana RTM. Penulis sepenuh masa ini juga mempunyai
pengalaman sebagai kolumnis di beberapa portal berita. Cerpen-cerpennya tersiar
di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat
pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(1996/97 dan 1998/99), dan Anugerah Duta Keamanan daripada Universal Peace Federation (2008). Sejak 1993, pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
ini berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan, aktiviti penghayatan sastera
dan program galakan membaca di seluruh negara. Kumpulan cerita rakyat India
berjudul Nari! Nari! (2015) ditulis khusus
untuk memupuk minat membaca kanak-kanak pelbagai kaum.
Pembantu
Pembimbing
Beberapa
wakil Kavyan dan DHRRA Malaysia akan bertugas sebagai pembantu kepada Uthaya
Sankar SB sepanjang program. Sejumlah 5 guru SK Guru Kalgidhar diberikan
peluang menjadi peserta dan sekali gus ketua kumpulan.
Pengisian
Program
Berikut
adalah rangka atur cara bagi program yang dicadangkan. Pengisian dan
pengendalian bengkel ini secara didik-hibur
merangkumkan secara holistik visi, misi, strategi dan sasaran Program Memartabatkan Bahasa Malaysia.
Hari Pertama –
30 Mei 2016 (Isnin)
Puisi Tradisional dan Puisi
Moden
9:00
pagi – 9:30 pagi
Pendaftaran
murid
Sarapan
9:30
pagi – 10:00 pagi
Ucapan Guru Besar SK Guru
Kalgidhar, Encik Sandrasageran Periasamy
Ucapan
wakil Kavyan
(Ibu
bapa, penjaga dan guru turut hadir)
10:00
pagi – 11:00 pagi
Pengenalan
kepada puisi tradisional (pantun)
11:00
pagi – 1:00 petang
Menulis
pantun untuk lagu Rasa Sayang
Menulis
pantun untuk majalah Dewan Pelajar
1:00
petang – 2:00 petang
Makan
tengah hari
2:00
petang – 4:00 petang
Pembahagian
kumpulan (50 ÷ 10 = 5 kumpulan)
Pengenalan
kepada puisi moden dan lagu puisi
Latihan
lagu puisi berdasarkan buku Nari! Nari!
4:00
petang – 4:30 petang
Minum
petang (termasuk ibu bapa dan penjaga)
4:30
petang – 5:30 petang
Tugasan
untuk esok (drama dan persembahan puisi)
Taklimat
ringkas kepada ibu bapa dan penjaga
Hari Kedua – 31
Mei 2016 (Selasa)
Cerita Rakyat dan Lakonan
8:30
pagi – 9:00 pagi
Pendaftaran
murid
Sarapan
9:00
pagi – 10:00 pagi
Menghayati
cerita rakyat
Membaca
dan menulis sinopsis cerita
10:00
pagi – 11:30 pagi
Bimbingan
mengolah skrip sketsa lakonan pendek
11:30
pagi – 1:00 petang
Membuat
topeng dan peralatan (prop) lakonan
1:00
petang – 2:00 petang
Makan
tengah hari
2:00
petang – 3:30 petang
Latihan
lakonan dengan bimbingan wakil Kavyan
Latihan
lagu Rasa Sayang dan Jambu Air
3:30
petang – 4:00 petang
Ketibaan
ibu bapa dan penjaga
Ketibaan
wakil DBP
Ketibaan
wakil DHRRA Malaysia
Minum
petang
4:00
petang – 5:30 petang
Ucapan Guru Besar SK Guru
Kalgidhar, Encik Sandrasageran Periasamy
Ucapan Presiden DHRRA Malaysia,
Encik Saravanan M. Sinapan
Ucapan Ketua Bahagian
Pengembangan Bahasa Kebangsaan DBP, Encik Wahab Hamzah
Persembahan
peserta (murid)
Penyampaian
sijil penyertaan
Penyampaian
cenderamata
Sesi
fotografi berkumpulan
Penutup dan
Harapan
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia diyakini
mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang
diinginkan KPM. Kedudukan DBP sebagai agensi bahasa dan sastera serta Kavyan
sebagai penggiat bahasa dan sastera pasti akan membawa hasil yang diharapkan. Penglibatan
DHRRA Malaysia yang menjalankan khidmat bagi komuniti India akar umbi menjadikan
program ini lebih bermakna. Sumbangan bahan bacaan oleh ITBM dan Gemilang
Publishing akan dijadikan hadiah kepada para peserta. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia juga bagi memastikan generasi
muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
sejak usia muda.
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 18 Mac 2016