2 Feb 2020

Landasan Hidup — S. Maartandan Suppiah

“Saya rasa bertuah kerana berpeluang menghasilkan sebuah esei Bahasa Malaysia yang dimuatkan dalam antologi Landasan Hidup. Penyelidikan sangat penting dalam menghasilkan esei berbentuk fakta. Hal ini demikian kerana penyelidikan memberi ruang kepada penulis untuk menghasilkan karya yang lebih holistik. Saya menghasilkan esei tersebut berdasarkan temu bual bersama masyarakat India di Malaysia yang terdiri daripada golongan biasa, pemimpin, ahli akademik dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Akhir sekali, saya berharap bahawa esei ini mampu menjadi satu wadah yang penting kepada para pemimpin untuk memahami persepsi dan harapan masyarakat India terhadap kepimpinan negara, terutamanya dalam era Malaysia Baharu. Pemahaman yang mendalam terhadap masyarakat penting dalam pembentukan strategi komunikasi dan polisi yang bersesuaian untuk rakyat.” S. Maartandan Suppiah