Tarikh: 7 April 2013 (Ahad)
Tempat: Shah Alam, Selangor
Penganjur: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Sejak diasaskan pada Ogos 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
menganjurkan puluhan acara “baca cerpen” dan “baca novel”. Malah, acara Baca Cerpen Kavyan (2003) tercatat dalam
The Malaysia Book of Records dan
menjadi pelopor kepada acara membaca cerpen di pentas.
Kavyan pernah juga mengadakan sesi latihan
baca cerpen beberapa kali di beberapa lokasi. Malah, program penghayatan
sastera di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej di seluruh negara juga
diselitkan panduan membaca teks di pentas.
Selepas acara “Baca Cerpen Siru Kambam II” di
Merdekarya, Taman Petaling pada 23 Mac 2013, saya mendapat idea untuk
mengadakan Bengkel Baca Cerpen Kavyan di mana sekumpulan rakan-rakan boleh
duduk berbincang dan berlatih untuk membaca teks cerpen dengan gaya yang sesuai
bagi persembahan di pentas.
Setiap orang ada bakat dan kebolehan
tersendiri; sama ada disedari atau tidak. Maka bengkel ini akan menjadi tempat
untuk berkongsi kebolehan dan mencungkil bakat terpendam.
Kavyan bercadang untuk memulakan Bengkel
Baca Cerpen Kavyan pada awal April 2013 di Shah Alam; sama ada pada 6
April 2013 (Sabtu) atau 7 April 2013 (Ahad). [SILA BACA MAKALAH PENUH DI SINI]
Lokasi yang dipilih bagi permulaan adalah
di sekitar pusat bandar Shah Alam supaya peserta dari luar boleh datang dengan
mudah menaiki Komuter dari mana-mana arah dan berkumpul di Stesen Komuter Shah Alam. Kenderaan pula akan diatur oleh
Jawatankuasa Kavyan dari sana ke lokasi bengkel.
Cerpen-cerpen dalam buku Rudra Avatara (2008) dan Kisah dari Siru Kambam (2013) akan
dijadikan teks bengkel. Maka, para peserta wajib memiliki salah satu (atau
kedua-dua) buku berkenaan.
Rakan-rakan yang berminat bolehlah menghubungi
saya (Uthaya Sankar SB) dengan kadar segera
menerusi mesej Facebook atau e-mel. Nyatakan tarikh dan waktu yang
menjadi pilihan (boleh memilih beberapa mengikut kesesuaian):
A - Sabtu, 6 April 2013 (sekitar 10:00 pagi)
B - Sabtu, 6 April 2013 (sekitar 4:00 petang)
C - Ahad, 7 April 2013 (sekitar 10:00 pagi) - Pilihan peserta
D - Ahad, 7 April 2013 (sekitar 4:00 petang)
Sila nyatakan juga jika ada cadangan tempat
lain yang lebih sesuai.
Tarikh
dan masa yang menjadi pilihan paling ramai peserta ditetapkan sebagai
tarikh (7 April 2013) dan masa (10:00 pagi) Bengkel Baca Cerpen Kavyan.
Semoga mendapat sokongan demi meningkatkan mutu persembahan cerpen di pentas! SUSULAN: Bengkel Baca Cerpen Kavyan II dijadualkan pada 28 April 2013 - MAKLUMAT LANJUT DI SINI