Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan
kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Bengkel Cerpen Kavyan:
Menulis Cerpen Untuk Pembaca Remaja dalam usaha membimbing masyarakat pelbagai kaum yang berminat
mempelajari teknik menulis cerpen Bahasa Malaysia bagi bacaan remaja (“cerpen remaja”).
Tarikh: 2 Disember 2012 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Umur Peserta: Minimum 17 tahun
Tempat: Bilik Seminar 2, Tingkat 1,
Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam. (Gunakan Google Map untuk memastikan lokasi.)
BACA SEMUA MAKLUMAT DI BAWAH DENGAN
TELITI SEBELUM MENDAFTAR SEBAGAI PESERTA!
Peserta akan dibimbing
oleh presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis
prolifik dan berpengalaman dalam mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994.
Beliau mungkin dibantu beberapa wakil Kavyan yang berpengalaman dalam bidang
ini.
Manuskrip cerpen yang
dihasilkan oleh peserta bengkel dan didapati bermutu serta memenuhi syarat akan
disalurkan ke pelbagai majalah untuk disiarkan.
Penyertaan terhad kepada
30 peserta yang paling awal mendaftar dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN.
Penyertaan adalah percuma bagi Ahli Berdaftar Kavyan. (Nota: Individu yang sudah menjadi Ahli
Kavyan sebelum 1 November 2012.)
Individu yang bukan ahli Kavyan dikenakan “pengeras”
sebanyak RM30.00 (tiga puluh
ringgit) seorang.
Setiap peserta akan
menerima cenderamata berupa sebuah buku cerpen. Buku ini akan turut dijadikan
teks rujukan bengkel.
Peserta wajib mendaftar
dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN.
Peserta mesti berumur
sekurang-kurangnya 17 tahun pada
tarikh bengkel.
Rangka Atur Cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit atau
sejam!
9:30 pagi
Meja pendaftaran dibuka
di Tingkat 1, Perpustakaan Raja Tun Uda. Peserta yang sudah mendaftar lebih
awal sahaja dibenarkan hadir.
10:00 pagi
Taklimat Penulisan
Cerpen; meliputi topik:
1. Watak dan Perwatakan
2. Mencari Idea Cerpen
3. Membina Plot yang Menarik
4. Teknik Memulakan Cerpen
5. Panduan Menyediakan Manuskrip
6. Panduan Mengirim Manuskrip
7. Hak Cipta, Hak Penerbitan & Hak Moral
8. Bahasa dan Tanda Baca
1:00 petang
Makan tengah hari,
solat, rehat
(Makan tengah hari TIDAK disediakan. Ada kafe di PRTU.)
2:00 petang
Latihan menulis cerpen –
Sila bawa alat tulis
Sesi bedah karya peserta
oleh pembimbing
4:00 petang
Bersurai
Maklumat lanjut:
1. Bengkel diadakan pada
tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.
2. Bengkel dikendalikan
dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak
tahu Bahasa Malaysia dinasihatkan jangan menyertai bengkel ini.
3. Peserta mesti berumur
sekurang-kurangnya 17 tahun.
4. Pengkhususan bengkel
adalah pada cerpen yang ditulis bagi bacaan golongan remaja (“cerpen remaja”).
5. Penyertaan terbuka
kepada 30 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang
kemudian dikemudiankan” (first come,
first served).
6. Penyertaan hanya boleh
dikemukakan dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN. Sebarang bentuk pendaftaran lain tidak dilayan. Pendaftaran hanya sah
apabila bayaran (“pengeras”) dibuat
sebelum 30 November 2012 – kecuali bagi
Ahli Berdaftar Kavyan.
7. Peserta yang sudah
mendaftar tetapi tidak hadir (tanpa alasan kukuh) TIDAK akan dibenarkan
menyertai mana-mana aktiviti Kavyan selama setahun. “Pengeras” tidak akan
dikembalikan.
8. Meja pendaftaran di
Tingkat 1, PRTU dibuka pada pukul 9:30 pagi pada tarikh bengkel.
9. Pendaftaran akan
ditutup tepat pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba
lewat hanya akan mengganggu perjalanan bengkel.
10. Makan-minum TIDAK disediakan. Peserta boleh makan
tengah hari di kafe PRTU.
11. Peserta digalakkan
membawa air mineral.
12. Peserta diingatkan
supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.
13. Peserta perlu
menanggalkan kasut/selipar apabila memasuki PRTU. Maka, jangan pakai kasut yang
mahal.
14. Hanya peserta
berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik seminar di
mana bengkel dikendalikan.
15. Ibu bapa atau
pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel
dikendalikan. Ini bukan konsert.
16. Peserta tidak
dibenarkan keluar-masuk bilik seminar sesuka hati. Pastikan peserta tidak ada
“tugasan” lain sepanjang menyertai bengkel ini.
17. Telefon bimbit perlu
ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan
diambil jika tidak patuh pada arahan ini.
18. Peserta yang
didapati terlalu sibuk melayan telefon bimbit, internet atau peralatan lain
akan diminta meninggalkan bilik bengkel. (Ingat: Amaran sudah diberi.)
19. Peserta perlu
membawa alat tulis dan kertas/buku untuk menulis.
20. Pengangkutan
pergi-balik tidak disediakan.
21. Sila ketahui lokasi PRTU
(bangunan baru). Sebarang panggilan
telefon pada pagi hari bengkel untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!
22. Tempat letak kereta
(percuma) terdapat di PRTU.
23. Sila datang awal
untuk mengelakkan sebarang masalah.
24. Peserta wajib patuh
pada peraturan.
25. Pembimbing dan urus setia
berhak mengarahkan mana-mana peserta keluar jika tidak patuh pada peraturan
atau mengganggu perjalanan bengkel atau tidak menunjukkan minat untuk belajar.
Untuk maklumat lanjut
atau sebarang pertanyaan, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 (Uthaya) selewat-lewatnya
pada pukul 10:00 malam, 1 Disember 2012. SMS tidak dibalas.
Urus setia tidak akan melayan sebarang
pertanyaan yang mana jawapan bagi pertanyaan itu sudah terdapat di sini. Harap
maklum.