Kenyataan
ini dikeluarkan oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB pada 24 Januari 2013 di Shah Alam,
Selangor:
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mana-mana pihak
membakar buku sebagai tanda protes. Pendirian dan ketegasan Kavyan adalah sama
seperti pegangan dalam insiden novel Interlok:
Edisi Murid yang dilaporkan dibakar pihak tertentu pada Januari 2011 – BACA DI SINI.
Kalaulah Kavyan
menentang keras perbuatan membakar buku cerita/fiksyen/novel, tentulah bantahan
lebih keras ditujukan kepada mana-mana pihak yang mahu membakar – atau meminta
orang lain membakar – buku-buku berupa kitab suci mana-mana agama.
Kavyan kecewa
dengan tindakan mana-mana pihak yang tergamak menghasut orang ramai membakar
mana-mana kitab suci mana-mana agama. Perbuatan itu adalah
berbentuk menimbulkan hura-hara dan perlu diambil tindakan tegas demi
keharmonian penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Semoga
mana-mana pihak/individu yang meminta/menghasut pembakaran mana-mana kitab suci
mana-mana agama segera menarik balik kenyataan itu dan segera insaf atas
kesilapan yang dilakukan.
Nota: Kenyataan media ini disiarkan sepenuhnya di Projek Dialog pada 24 Januari 2013. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya. Mahathir Mohammad membela Ibrahim Ali dalam isu cadangan membakar Bible - BACA DI SINI.
Nota: Kenyataan media ini disiarkan sepenuhnya di Projek Dialog pada 24 Januari 2013. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya. Mahathir Mohammad membela Ibrahim Ali dalam isu cadangan membakar Bible - BACA DI SINI.
No comments:
Post a Comment