Presidennya, Uthaya Sankar SB berkata, keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan mendengar rintihan dan suara kaum India yang merasa terhina apabila beberapa perkara dalam novel itu menyentuh sensitiviti dan menjatuhkan maruah kaum India di negara ini.
“Keputusan untuk melakukan pindaan pula harus dilakukan dengan bijak supaya segala kelemahan yang ada dalam edisi murid dapat dimurnikan sepenuhnya,” katanya dalam suatu kenyataan, di sini, semalam.
Uthaya berkata, panel bebas yang bakal dilantik mestilah terdiri daripada pakar sastera, sejarah dan budaya yang mampu melaksanakan tugas memurnikan novel Interlok.
“Hal ini penting kerana biarlah panel pakar melakukannya secara penuh kerana seperti yang kami nyatakan sebelum ini, banyak fakta yang perlu dibetulkan sebelum Interlok layak dijadikan teks di sekolah.
“Negara tidak kekurangan pakar sastera kebangsaan dan budaya dalam kalangan kaum India, sayang jika khidmat pakar-pakar itu tidak dimanfaatkan demi meningkatkan taraf sastera dan pendidikan negara,” katanya.
Semasa berhujah mewakili Pemuda MIC pada Wacana Interlok di Universiti Malaya, kelmarin, Uthaya berkata, jika Interlok edisi murid gagal dimurnikan, maka lebih baik tidak dijadikan teks Komsas. [LAGI]
No comments:
Post a Comment