1 Apr 2010

Jom Bergaya dengan Buku!

Pada Sabtu, 10 April 2010, Program Galakan Membaca akan dikendalikan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan di SJK (T) Sungai Renggam, Seksyen 18, Shah Alam.
.
Program ini akan dijayakan dengan kerjasama majalah e-baca (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
.

Sejak diasaskan pada 1999, Kavyan sentiasa mengadakan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya yang sejajar dengan konsep “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”.

.

Secara langsung, aktiviti Kavyan – khususnya Apresiasi Sastera Kanak-kanak, Apresiasi Sastera Remaja serta siri Baca Cerpen/Novel – berusaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

.

Kavyan turut bekerjasama dengan pelbagai pihak. Salah satu daripadanya adalah kerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi menjayakan Kelab Membaca Sinar Pintar khasnya, dan Program Galakan Membaca PNM amnya.

.

Kerjasama juga dijalinkan dengan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

.

Pada Ogos 2009, Kavyan dengan kerjasama Kumpulan One Nusantara, Citra Kurnia Enterprise dan Ridz Marketing melancarkan kempen berterusan yang dinamakan “Jom Bergaya dengan Buku!” bagi memupuk minat membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

.

Program Galakan Membaca di SJK (T) Sungai Renggam pada 10 April 2010 akan berlangsung dari 8:00 pagi hingga 11:30 pagi dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang santai serta menyeronokkan.

.

Setiap peserta akan menerima majalah e-baca manakala para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah bahan bacaan yang disediakan oleh Kavyan.

.

Penyertaan terbuka kepada 50 individu berumur 10-13 tahun yang paling awal mendaftar. Ibu bapa dan guru-guru juga diundang mendaftar untuk mengikuti program ini.

..

Pendaftaran diuruskan oleh Kavyan sahaja dan individu yang berminat perlu mengirim maklumat diri (nama penuh, alamat, nombor telefon, nama sekolah) ke alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my.

.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Uthaya Sankar SB melalui telefon 016-3288142. Mesej yang dikirim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dibaca tetapi TIDAK dibalas.

.

PENTING: Penyertaan bagi program ini hanya bagi 50 individu yang mendaftar lebih awal. Individu yang “muncul tiba-tiba” di tempat acara pada 10 April 2010 TIDAK akan dibenarkan turut serta, walau dengan alasan apa sekali pun!

No comments: