25 Mar 2010

Sumbangan Kavyan Terima Penghargaan

Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan program Mari Membaca 1Malaysia di Auditorium PNM pada 2 Mac 2010.
.

Sempena majlis itu, PNM memberi penghargaan kepada institusi yang terlibat memberi kerjasama dalam menjayakan Program Galakan Membaca anjuran PNM sepanjang 2009.

.

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) turut dipilih kerana menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan “membaca” di beberapa tempat sepanjang 2009.

.

Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB tidak sempat menghadiri majlis penyampaian sijil penghargaan pada 2 Mac 2010, lalu sijil berkenaan dikirim melalui pos dan diterima pada 25 Mac 2010.

.

Pada tahun 2005, Kavyan menerima Anugerah Budayawan Selangor atas sumbangan terhadap perkembangan bahasa dan sastera di negeri berkenaan.

.

Tentu sahaja segala aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan bukan sebagai “mendambakan” pengiktirafan – baca mengenai tuduhan seumpama itu DI SINI – tetapi dengan semangat perjuangan “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” yang menjadi pegangan sejak penubuhan Kavyan pada 22 Ogos 1999.

.

Apa pun, Kavyan tetap amat menghargai segala penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan secara ikhlas oleh pelbagai pihak; secara kecil-kecilan atau besar-besaran, secara langsung atau tidak langsung.

.

Semua itu menguatkan semangat Kavyan untuk meneruskan perjuangan.

No comments: