16 Mar 2010

Jom Bertemu SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan

Saya diberi kepercayaan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bertindak sebagai pemudah cara bagi acara “Jom Kenali Sasterawan Negara Dato’ Dr Anwar Ridhwan” pada 24 Mac 2010 di Pentas Legar Utama PWTC, Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
.

Bahan promosi mengenainya saya siapkan, lalu saya kirim melalui e-mel kepada Dr Anwar Ridhwan dan Puan Norazian Ahmad (DBP) pada 8 Mac 2010 untuk penambahbaikan.

.

Dr Anwar menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan teks bahan sebaran media itu; manakala Puan Norazian melakukan sedikit tambahan (bahawa buku-buku Dr Anwar akan turut dijual semasa acara) dan mengirimnya kepada saya pada petang, 15 Mac 2010.

.

Memandangkan saya bertugas di Sinar Harian pada hari itu, saya menyunting siaran media itu mengikut “Gaya Penulisan Sinar Harian” untuk disiarkan.

.

Saya juga sengaja membuang bahagian yang menyebut bahawa saya akan mengendalikan sesi dialog itu; mana tahu nanti orang kata (baca: mengata) saya sudah “membeli” akhbar Sinar Harian atau mendesak DBP membatalkan acara – seperti yang pernah berlaku kepada Azizi Haji Abdullah pada Julai 2007!

.

Selain itu, mujurlah saya masih menyimpan foto Dr Anwar yang beliau berikan sewaktu beliau menerima lantikan sebagai Penasihat Kehormat Kumpulan Sasterawan Kavyan berkuatkuasa 20 Oktober 2003; menggantikan Dr Othman Puteh yang meninggal dunia pada 19 Oktober 2003.

No comments: