Thursday, 1 April 2010

Gerakan Membaca Perdana

Sempena pelancaran Gerakan Membaca Perdana oleh Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) menganjurkan program membaca beramai-ramai pada Sabtu, 26 Jun 2010, bermula 9:00 pagi di Taman Tasik Shah Alam. [PETA LOKASI]
. ...

Objektif aktiviti membaca secara beramai-ramai adalah antara lain merangsang dan mempromosi budaya membaca dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat usia serta mengumpulkan orang ramai bersama-sama membaca secara santai di Taman Tasik Shah Alam pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

. ..

Majlis pelancaran Pesta Buku Selangor 2010 akan turut diadakan semasa program itu dan dijangka disempurnakan oleh Sultan Selangor.

. ..

Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar SB turut terlibat dalam Jawatankuasa Induk Gerakan Membaca Perdana dan Pesta Buku Selangor. Mesyuarat pertama diadakan pada 31 Mac 2010 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

...
Bermula 2010, bulan Jun diiktiraf sebagai “Bulan Ilmu” di Selangor manakala Pesta Buku Selangor berlangsung selama 11 hari (25 Jun 2010 – 5 Julai 2010) di Kompleks PKNS, Shah Alam.
...
Acara membaca beramai-ramai pada 26 Jun 2010 akan cuba mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records (MBR) dengan menampilkan sekitar 5000-6000 orang (kanak-kanak, remaja, dewasa) terlibat dalam aktiviti membaca (buku mana-mana bahasa) secara beramai-ramai selama sejam.
...
Peserta wajib mendaftar lebih awal untuk layak mengambil bahagian. Pada hari acara (26 Jun 2010), masing-masing peserta perlu membawa buku untuk dibaca; selain tikar, payung, makanan dan minuman. Tentu sahaja, jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan foto kenangan!
...

Peserta yang mendaftar akan menerima cenderamata kenang-kenangan yang disediakan oleh penganjur.

...

Peserta pelbagai kaum yang mendaftar di bawah “payung” Kavyan bagi acara ini akan turut menerima cenderamata tambahan berupa buku cerpen; iaitu sama ada Rudra Avatara (2008) atau Kathakali (2009).

...

Cenderamata buku berkenaan ditawarkan bagi 50 individu yang mendaftar sebagai wakil Kavyan.

...
Sila kirim e-mel ke uthayasb@yahoo.com.my untuk atur cara.
...

Usaha mencatat nama dalam MBR bukan sesuatu yang baru bagi Kavyan yang menganjurkan Baca Cerpen Kavyan selama 96 jam 32 minit. Malah, wakil Kavyan juga mengambil bahagian dalam Ratib Seribu Syair anjuran Gapena pada 2001.

...

Kavyan turut mengadakan Program Galakan Membaca bagi memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2010 pula dijadualkan pada 27 Jun 2010.

...
Orang ramai yang berminat, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk pendaftaran atau 016-3288142 (Uthaya Sankar SB) untuk maklumat lanjut. Nota: SMS akan dibaca tetapi tidak dibalas.

No comments: