27 Apr 2010

Lawatan Kavyan ke Karangkraf

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sedang menyusun perancangan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) di Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam.
.

Lawatan ini dijadualkan pada 7 Jun 2010 (Isnin), pukul 9:00 pagi dan melibatkan wakil pelbagai kaum (bukan hanya “Melayu, Cina, India”) dan pelbagai peringkat umur (kanak-kanak, remaja dan dewasa).

.

15 wakil Kavyan pernah mengadakan lawatan rasmi ke Karangkraf pada 3 Oktober 2003. Sebelum dan selepas itu, memang kunjungan tidak rasmi sentiasa diadakan ke Karangkraf. Malah, Kavyan dan Karangkraf bekerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.

.

Bagi lawatan pada 7 Jun 2010 (cuti sekolah), surat permohonan dikirim oleh Kavyan seawal 2 April 2010 bagi membuat “tempahan” kerana Karangkraf sentiasa menjadi tumpuan lawatan pelbagai pihak dari seluruh negara; khususnya pada cuti sekolah.

.

Wakil Bahagian Pemasaran Karangkraf, Mohd Ariff Mohd Hashim dihubungi pada pagi 27 April 2010 dan beliau mengesahkan, tiada halangan untuk mengadakan lawatan pada 7 Jun 2010; jika diizinkan Tuhan.

.

Hanya sejumlah 20 wakil diperlukan untuk menyertai lawatan ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan tetapi peserta perlu menguruskan sendiri kenderaan untuk pergi-balik. Sila uruskan juga cuti di tempat kerja/belajar, jika perlu.

.

Konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” digunakan dalam menentukan senarai 20 wakil Kavyan bagi lawatan ini. Sila kirim maklumat diri (nama, nombor telefon, alamat e-mel) setiap peserta yang berminat ke alamat infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas sebagai pengesahan penerimaan.

.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Uthaya Sankar SB melalui talian 016-3288142. Sila maklum bahawa SMS akan dibaca tetapi TIDAK dibalas.

.

Peta panduan jalan boleh dilihat DI SINI.

.

Harap sudi sebarkan maklumat mengenai lawatan ini dengan segera kepada sesiapa yang mungkin berminat.

.

Wakil Kavyan yang terpilih akan dihubungi dari semasa ke semasa melalui e-mel untuk memaklumkan perkembangan perancangan lawatan ini.

No comments: