3 Mar 2010

Hari Keluarga Kavyan

Kumpulan Sasterawan Kavyan mengadakan “Hari Keluarga Kavyan” pada Ahad, 28 Mac 2010, 10:00 pagi di Taman Tasik Shah Alam.

..

Acara ini bertujuan mengumpul masyarakat pelbagai kaum yang pernah menyertai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan sejak 1999.

.

“Kami menggalakkan mereka membawa ahli keluarga untuk saling berkenalan dan berkongsi pengalaman menyertai aktiviti Kavyan pada masa lalu,” kata Setiausaha Kavyan, Prabhawathy Govindarajoo dalam kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam pada 3 Mac 2010.

.

Kavyan mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records pada 2003 melalui acara “Baca Cerpen Kavyan” (96 jam 32 minit).

.

“Hari Keluarga Kavyan” diadakan secara kecil-kecilan dengan memberi tumpuan kepada pertemuan untuk mengeratkan silaturahim.

.

Beberapa permainan, makanan ringan dan hadiah cabutan bertuah disediakan.

.

Baca sedikit catatan Uthaya Sankar SB DI SINI.

.

Untuk maklumat lanjut, hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau talian 012-3368142 [nota: mulai 17 Mac 2010, bertukar ke 016-3288142]

No comments: