Berikut skrip berita sebagaimana disiarkan menerusi Bernama Radio24 pada 11:00 pagi, 8 November 2009:
Kempen Galakan Membaca anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapat sentuhan menarik apabila ia bekerjasama dengan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kedua-dua pihak berkenaan bekerjasama dalam menjayakan Kempen Membaca di Dalam Kereta Api pada pagi ini.
Kempen berupa aktiviti membaca ini bermula di KL Sentral di mana masyarakat pelbagai kaum sama-sama menaiki tren kereta api menuju ke Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah PNM, Dato’ Raslin Abu Bakar berkata, sepanjang perjalanan pergi-balik, para penumpang kereta api akan terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan buku dan pembacaan.
Antaranya, membaca buku secara beramai-ramai, mendengar cerita, kuiz dan membaca buku secara bergilir-gilir.
Aktiviti ini dijangka mencatat nama dalam “The Malaysia Book of Records” bagi aktiviti membaca secara beramai-ramai yang pertama kali di dalam kereta api yang sedang dalam perjalanan.
No comments:
Post a Comment