21 Nov 2009

Baca Cerpen OKU

Sempena sambutan Hari Orang Kelainan Upaya pada Disember ini, Kumpulan Sasterawan Kavyan merancang suatu aktiviti yang cukup istimewa dan lain daripada yang lain, iaitu “Baca Cerpen O.K.U”.

Timbalan Presiden Kavyan, Prakash Suriya Murthy dalam kenyataan yang dikeluarkan di Shah Alam berkata, acara berkenaan akan menampilkan peserta Orang Kelainan Upaya yang menyampaikan cerpen Bahasa Malaysia dengan gaya tersendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Prakash yang juga cacat penglihatan menjelaskan bahawa peserta antara lain boleh menggunakan bahasa isyarat atau membaca teks versi Braille untuk dihayati oleh khalayak.

Golongan O.K.U yang meminati sastera dan cerpen Bahasa Malaysia diundang menyertai acara ini yang bakal berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Orang ramai juga digalakkan tampil menjadi sukarelawan bagi membantu menguruskan perjalanan acara “Baca Cerpen O.K.U” yang dijadualkan pada awal Disember ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 012-3368142 atau layari blog www.kavyan.blogspot.com
.
Nota: Maklumat ini turut disiarkan menerusi Bernama Radio24 pada 21 November, sekitar 2:25 petang. Terima kasih, Nazira Noran!

No comments: