Berikut skrip bahan liputan yang disiarkan dalam segmen “Peristiwa” menerusi TV1 pada Isnin, 16 November 2009.
Seramai 35 pustakawan dan sukarelawan dari seluruh negeri Sabah berpeluang menyertai Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar yang dianjurkan di Beaufort baru-baru ini (4 November 2009).
Mereka menerima bimbingan daripada fasilitator yang berpengalaman dalam merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti berkaitan buku dan bahan bacaan yang sesuai bagi kanak-kanak dan remaja.
Kelab Membaca Sinar Pintar yang dikelolakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dilancarkan secara rasmi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008 sempenan Festival Membaca.
Sejak itu, siri Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar diadakan di seluruh negara untuk membimbing sukarelawan yang berminat mengendalikan aktiviti kelab berkenaan ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang gemar membaca.
Mentor terdiri daripada golongan guru, ibu bapa, pesara, penulis, penerbit, pekerja sosial dan sesiapa sahaja yang bersedia untuk berkongsi minat membaca bersama generasi muda.
Semasa menyertai bengkel di Beaufort, para peserta diberikan maklumat dan penjelasan terperinci oleh fasilitator dari Kumpulan Sasterawan Kavyan mengenai objektif, modul, aktiviti dan pelbagai maklumat berkaitan pengendalian Kelab Membaca Sinar Pintar.
Semoga para pustakawan dan sukarelawan ini lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk membimbing kanak-kanak dan remaja menjadi anggota masyarakat yang menjadikan amalan membaca sebagai budaya seharian.

No comments:
Post a Comment