Tuesday, 12 May 2009

Dialog Sasterawan Negara

Datuk A. Samad Said adalah Sasterawan Negara yang juga digelar ”Sasterawan Rakyat” dan tidak pernah sunyi daripada pelbagai polemik, isu dan kontroversi. Sebagai seorang seniman, sasterawan, negarawan, pemikir, pejuang bahasa dan anggota masyarakat, beliau amat wajar diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan, kritikan, keresahan, kebimbangan dan harapan terhadap pelbagai perkara/isu semasa. Sekaligus, peluang untuk masyarakat umum berdialog secara berhemah bersama-sama beliau di sebuah medan terbuka.

Kavyan meneruskan tradisi memberi penghormatan kepada Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merupakan Penasihat Agung Kavyan melalui Dialog Sasterawan Negara: Datuk A. Samad Said.

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI

No comments: