9 Dec 2021

Sumbangan Buku Terpakai

Sebagai salah satu usaha menggalakkan golongan B40 dan M40 sekitar Aulong, Taiping, Perak membaca buku bermutu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping mahu menyediakan perpustakaan mini (sudut bacaan) di dewan terbuka kuil berkenaan.

Usaha di bawah Projek Komuniti Kavyan akan dilancarkan pada 23 April 2022 (Sabtu) sempena Hari Buku Sedunia pada acara “Sahabatku Buku” melibatkan peserta kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum.

Sehubung itu, kami mencari sumbangan buku terpakai (masih dalam keadaan baik) untuk diletakkan di rak sudut bacaan berkenaan.

Buku Bahasa Malaysia, InggerisTamil, dan Mandarin pelbagai genre dialu-alukan.

Tolong jangan sumbangkan buku latihan dan buku kerja sekolah yang tidak lagi mengikut silibus terkini.

Di pihak Kavyan, kami akan menyumbangkan sejumlah buku baharu (bukan buku terpakai) kepada sudut bacaan berkenaan. [Nota: Keseluruhan koleksi di perpustakaan Rumah Kavyan musnah dalam banjir besar pada 18 Disember 2021 -- baca di sini]

Buku-buku terpakai boleh diserah kepada saya (Uthaya Sankar SB) atau dihantar terus ke Kuil Sri Maha Sivalayam (Waze: Kovil Sri Maha Sivalayam Aulong).

Hubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 untuk maklumat lanjut dan untuk mengatur penyerahan buku yang mahu disumbangkan. Saya dijadual bertolak ke Taiping pada 22 April 2022 (Jumaat).