12 Mar 2017

Bengkel Memperkasakan Wanita

Projek
Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama

Aktiviti
Bengkel Memperkasakan Wanita

Tarikh
29 April 2017 (Sabtu)

Masa
1:30 petang – 6:00 petang

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak

Penganjur Bersama
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama (Sangam)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)

Rasional
Projek Komuniti Kavyan dijalankan secara bulanan di Aulong Lama, Taiping sejak Jun 2016. Program Bengkel Memperkasakan Wanita Aulong Lama pada 25 September 2016 mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan wanita yang tinggal di sekitar Aulong Lama, Aulong dan Tekkah. Perubahan positif dapat dilihat bukan hanya pada diri mereka, tetapi juga pada anak-anak mereka yang semakin berminat menyertai pelbagai program di Dewan Sangam. [LIHAT CONTOH PROGRAM] Menyedari hakikat kedudukan golongan wanita sebagai teraju utama dalam kebanyakan keluarga dan komuniti, serta menyokong emansipasi wanita, maka suatu program susulan dirangka khusus untuk mereka. Berbekalkan pengalaman Kavyan menjalankan program memperkasakan komuniti akar umbi, Bengkel Memperkasakan Wanita dirangka khas hasil perbincangan bersama pemimpin komuniti dan golongan wanita di kawasan sasaran. Bengkel ini dirangka secara holistik sambil mengambil kira hakikat bahawa golongan wanita (ibu, suri rumah, ibu tunggal, nenek dan sebagainya) merupakan individu yang paling banyak memainkan peranan dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Objektif
1. Memahami persoalan dan isu yang dihadapi golongan wanita sebagai ibu, isteri, menantu dan mentua (domestik)
2. Mengumpulkan harapan golongan wanita (ibu/nenek) terhadap anak/cucu mereka dalam usaha mobiliti sosial
3. Membuka ruang kepada golongan wanita meluahkan pandangan dan hujah berhubung masalah sosial, ekonomi dan pendidikan setempat
4. Memperkasakan golongan wanita menerusi sesi kaunseling berkumpulan, motivasi dan perkongsian maklumat
5. Merancang program susulan untuk golongan wanita dan ahli keluarga (kanak-kanak, remaja dan belia)

Peserta
Jumlah peserta adalah sekitar 30 orang sahaja. Golongan wanita yang mahu menyertai bengkel ini sebaik-baiknya tinggal di Aulong Lama, Aulong, Tekkah atau kawasan sekitar Taiping, serta memenuhi sekurang-kurangnya satu kriteria di bawah:

1. Wanita yang sudah berkahwin
2. Wanita berumur lebih 40 tahun yang tidak berkahwin
3. Wanita yang mempunyai anak
4. Ibu tunggal (sama ada bercerai, kematian suami, atau ditinggalkan suami)
5. Suri rumah (termasuk jika bekerja sambilan, atau kerja tidak tetap)
6. Mana-mana wanita yang dirasakan layak oleh pemimpin komuniti setempat (AJK Sangam)

Bahasa
Program akan dikendalikan dalam Bahasa Tamil supaya sesuai dengan golongan sasaran. Bahasa Malaysia dan Inggeris mungkin digunakan mengikut keperluan.

Bayaran
Setiap peserta dikenakan bayaran RM3.00 sahaja. Bayaran ini wajib disertakan bersama-sama borang penyertaan. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir (atas apa-apa alasan sekali pun).

Borang Penyertaan
Individu yang berminat menyertai Bengkel Memperkasakan Wanita perlu mendapatkan borang penyertaan daripada M. Vanitha Murugan (AJK Sangam dan AJK Insaniah), atau mana-mana AJK Sangam yang bertugas.

Tarikh Tutup
Borang yang sudah lengkap diisi – serta bayaran RM3.00 – perlu diserahkan kepada M. Vanitha Murugan (AJK Sangam dan AJK Insaniah) selewat-lewatnya pada 16 April 2017 (Ahad). Penyertaan lewat tidak dilayan. Penyertaan mungkin ditutup lebih awal jika jumlah peserta sudah mencukupi.

Pembimbing
Kesemua sesi dalam Bengkel Memperkasakan Wanita akan diterajui wakil Kavyan, wakil Insaniah dan wakil Sangam; sambil dipantau jurulatih bertauliah. Para pembimbing itu dilantik oleh jurulatih bertauliah, dan mereka wajib bertugas sepenuhnya (2:00 petang – 6:00 petang).

Sijil Penyertaan
Peserta berdaftar yang menyertai bengkel ini sepenuhnya, serta terlibat secara aktif dalam kesemua aktiviti yang dijalankan sahaja layak menerima sijil penyertaan yang ditandatangani Uthaya Sankar SB  selaku presiden Kavyan, pengerusi Insaniah, dan jurulatih bertauliah HRDF.

Pengisian Program
Berikut rangka atur cara bengkel. Para peserta diingatkan supaya mematuhi masa yang ditetapkan kerana program dijalankan mengikut Waktu Kavyan.

1:30 petang – 2:00 petang
Pengesahan kehadiran peserta
(Hanya peserta yang sudah menyerahkan borang dan bayaran sebelum tarikh tutup dibenarkan menyertai bengkel ini)
Peserta TIDAK boleh membawa anak-anak, kawan atau ahli keluarga sebagai pengiring ke bengkel ini!

2:00 petang – 3:00 petang
“Inilah Saya!”
Sesi memperkenalkan diri (sejak Jun 2016 hingga kini)
Setiap peserta wajib bercakap sekurang-kurangnya 1 minit

3:00 petang – 4:00 petang
“Keluarga Saya”
Sesi kaunseling berkumpulan mengenai isu-isu domestik dalam keluarga; khususnya berkaitan suami, mentua, adik-beradik, dan anak-anak

4:00 petang – 4:30 petang
Minum petang

4:30 petang – 5:30 petang
“Impian Masa Depan”
Perkongsian pandangan mengenai impian masa depan bagi diri, anak-anak, keluarga, dan masyarakat setempat

5:30 petang – 6:00 petang
“Bantulah Kami Memperkasakan Diri”
Perancangan aktiviti masa depan bagi memperkasakan diri, anak-anak, keluarga, dan masyarakat setempat
Tidak dibenarkan meminta bantuan kewangan dan kebajikan!

6:00 petang – 6:15 petang
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Sumbangan Orang Ramai
Sumbangan ikhlas amat diharapkan daripada orang ramai untuk membantu menampung sebahagian kos menjayakan program ini; serta membeli cenderamata (barangan keperluan dapur) untuk peserta. Sumbangan (barangan atau wang) boleh disalurkan menerusi Tabung Projek Komuniti KavyanMAKLUMAT DI SINI.

Penutup
Bengkel Memperkasakan Wanita yang dikendalikan sebagai sebahagian Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama pasti mencapai sasaran sekiranya mendapat kerjasama semua pihak terbabit. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau www.facebook.com/uthaya jika ada sebarang pertanyaan. Anda juga boleh menghubungi M. Vanitha Murugan atau mana-mana AJK Sangam.