Peluang
dibuka kepada orang ramai – termasuk bukan ahli Kavyan – untuk mengemukakan
cadangan aktiviti kecil-kecilan berkaitan bahasa, sastera, seni dan budaya.
Sejak
diasaskan pada 1999, aktiviti Kavyan memang tidak melibatkan peruntukan besar.
Peruntukan
bulanan yang disediakan adalah RM250 sahaja bagi setiap aktiviti. Jumlah
maksimum adalah 10 aktiviti; iaitu Mac-Disember
2016.
Sekiranya
tiada aktiviti dicadangkan bagi bulan berkenaan, wang tersebut akan dipulangkan
kepada penyumbang. (Wang tidak boleh
dibawa ke hadapan atau digabungkan dengan aktiviti lain.)
Individu
yang mengemukakan cadangan tidak semestinya mengendalikan aktiviti berkenaan;
tetapi perlu sekurang-kurangnya terlibat sama sebagai peserta.
Setiap
aktiviti perlu ada minimum 10 peserta. Sebaik-baiknya pelbagai kaum. Umur
peserta perlu sesuai dengan aktiviti. Tempat aktiviti boleh dicadangkan dan
dibincangkan.
Jika
anda ada cadangan aktiviti dan sekitar 10 individu yang berminat menjadi
peserta (tetapi anda tidak mampu mengendalikan aktiviti berkenaan), maka
kemukakan cadangan kepada Kavyan.
Sekiranya
peruntukan RM250 tidak mencukupi, maka peserta boleh dikenakan bayaran minimum
bagi menampung kos.
Aktiviti
perlu dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, serta ada kaitan
dengan sastera, seni atau budaya kaum India. Peserta pelbagai kaum digalakkan.
Contoh
aktiviti:
Bengkel penulisan cerpen, bengkel penulisan makalah, diskusi buku, baca cerpen,
baca sajak, demonstrasi masakan, demonstrasi tarian, persembahan drama, ceramah
motivasi, penghayatan bahasa dan sastera, sesi dialog, forum.
Sebagai
contoh mudah, aktiviti diskusi buku atau baca cerpen
boleh diadakan dengan melibatkan 10 peserta. Peserta menerima cenderamata buku
berharga RM20 (RM20 x 10 = RM200). Minum petang RM5 x 10 = RM50. Jumlah RM250. Tempat aktiviti: Rumah Kavyan.
Satu
lagi contoh mudah, aktiviti bengkel penulisan (cerpen, berita atau rencana) melibatkan 10
peserta. Peserta menerima cenderamata buku berharga RM20 (RM20 x 10 = RM200).
Minum petang RM5 x 10 = RM50. Peserta dikenakan bayaran RM10 untuk menampung kos
makan tengah hari, nota dan sijil.
Lagi contoh mudah, anda mahu berkongsi ilmu anda (bahasa, sastera, seni, budaya) dengan 15 rakan. Anda sediakan 15 peserta, Kavyan sediakan tempat. Anda dibayar RM100 sebagai penceramah. Baki RM150 untuk kos makan-minum peserta.
Senarai aktiviti yang dicadangkan oleh anda (akan dikemas kini):
Mac 2016 - Sesi bersama guru (pencadang: Anuradha Chelliah)
April 2016 -
Mei 2016 - Sesi bersama pelajar (pencadang: Prabhawathy Govindarajoo)
Jun 2016 -
Julai 2016 -
Ogos 2016 -
September 2016 -
Oktober 2016 -
November 2016 -
Disember 2016 -
Lagi contoh mudah, anda mahu berkongsi ilmu anda (bahasa, sastera, seni, budaya) dengan 15 rakan. Anda sediakan 15 peserta, Kavyan sediakan tempat. Anda dibayar RM100 sebagai penceramah. Baki RM150 untuk kos makan-minum peserta.
Senarai aktiviti yang dicadangkan oleh anda (akan dikemas kini):
Mac 2016 - Sesi bersama guru (pencadang: Anuradha Chelliah)
April 2016 -
Mei 2016 - Sesi bersama pelajar (pencadang: Prabhawathy Govindarajoo)
Jun 2016 -
Julai 2016 -
Ogos 2016 -
September 2016 -
Oktober 2016 -
November 2016 -
Disember 2016 -
Sila
hubungi infokavyan@yahoo.com.my
atau Uthaya Sankar SB (Facebook, telefon atau WhatsApp)
untuk perbincangan lanjut supaya aktiviti yang anda bayangkan boleh menjadi
realiti.