1 Mar 2015

Bengkel Pengukuhan Penulisan

Memandangkan Kavyan menganjurkan bengkel penulisan cerpen dan makalah dari semasa ke semasa, maka untuk berlaku adil, bimbingan di luar waktu bengkel hanya akan diberikan kepada mereka yang menyertai bengkel Kavyan. 

Sebagai lanjutan kepada Bengkel Penulisan Makalah Budaya (15 Februari 2015), Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menganjurkan aktiviti susulan berikut:

Aktiviti: Bengkel Pengukuhan Penulisan

Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang [Makan tengah hari disediakan]

Tempat: Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam

Bayaran: RM10 (Ahli – sudah membayar yuran 2015), RM20 (Ahli – belum membayar yuran 2015), RM30 (Bukan ahli)

Peserta: Umur minimum 16 tahun dan berminat menulis karya seperti sajak, cerpen dan makalah. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga digalakkan hadir untuk menimba ilmu.

Pembimbing: Uthaya Sankar SB

Bahasa pengantar: Bahasa Malaysia

Borang: [KLIK DI SINI]

Keperluan: Peserta perlu membawa alat tulis

Semasa bengkel ini, para peserta akan berbincang mengenai idea penulisan dan pembimbing akan memberikan panduan bagi menghasilkan karya bermutu. Latihan penulisan juga akan dijalankan. Peserta yang belum ada pengalaman menulis boleh turut menimba ilmu dengan menyertai bengkel ini.