5 Jan 2011

Bencana Intelektual

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) – persatuan tunggal kaum India yang berkarya dalam Bahasa Malaysia – pula berpendapat, untuk edisi murid, Interlokwajib dimurnikan”.
.
“Kavyan menerima novel itu seadanya sebagai karya sastera.
.
“Cuma, apabila jadi teks murid, wajib dimurnikan agar sesuai dengan pelajar,” kata presidennya, Uthaya Sankar SB.
.
Sehubung itu, cerpenis terkenal itu berkata, ada beberapa bahagian dalam novel itu yang antaranya melibatkan penggunaan perkataan tertentu yang “sensitif”.
.
“Perlu buang/edit perkataan paria, kasta dan lain-lain yang sensitif dan mungkin menjadi bahan pelajar kaum India dipersenda rakan-rakan.
.
“Isu ini sama berat dengan isu ‘pendatang’,” kata Uthaya yang juga pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
..
[Pandangan ini disiarkan di Malaysiakini pada lewat malam, 3 Januari 2011 selepas Uthaya dihubungi wartawan portal berita berkenaan pada sebelah petang. Sila KLIK DI SINI untuk berita lengkap dan susulannya DI SINI. Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan berhubung debat mengenai istilah 'dimurnikan'. Sila KLIK DI SINI untuk membaca koleksi lengkap maklumat berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid.]

No comments: