21 Jan 2012

Bengkel Sehari Penulisan Cerpen

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Bengkel Sehari Penulisan Cerpen dalam usaha membimbing masyarakat pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik menulis cerpen Bahasa Malaysia bagi bacaan remaja (“cerpen remaja”).

Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)


Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang


Umur Peserta: Minimum 17 tahun


Tempat: Bilik Seminar 2, Tingkat 1, Perpustakaan Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam. (Gunakan Google Map untuk memastikan lokasi.)


BACA SEMUA MAKLUMAT DI BAWAH DENGAN TELITI SEBELUM MENDAFTAR SEBAGAI PESERTA!


Peserta akan dibimbing oleh presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB yang juga penulis prolifik dan berpengalaman dalam mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994. Beliau akan dibantu beberapa wakil Kavyan yang berpengalaman dalam bidang ini.


Manuskrip cerpen yang dihasilkan oleh peserta bengkel dan didapati bermutu serta memenuhi syarat akan disalurkan ke pelbagai majalah untuk disiarkan.


Penyertaan terhad kepada 20 peserta yang paling awal mendaftar dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 20 Februari 2012. Tajuk ("Subjek") e-mel: Bengkel Sehari Penulisan Cerpen.


Penyertaan adalah percuma bagi Ahli Berdaftar Kavyan.


Individu yang bukan ahli Kavyan dikenakan “pengeras” sebanyak RM20.00 (dua puluh ringgit) seorang.


Peserta mesti berumur sekurang-kurangnya 17 tahun pada tarikh bengkel.


Rangka Atur Cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit atau sejam!


9:30 pagi


Meja pendaftaran dibuka di Tingkat 1, PPAS. Peserta yang sudah mendaftar lebih awal sahaja dibenarkan hadir. Sila bawa resit/bukti pembayaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


10:00 pagi


Pengenalan oleh wakil PPAS/Kavyan


10:10 pagi


Taklimat Penulisan Cerpen


1. Watak dan Perwatakan


2. Mencari Idea Cerpen


3. Membina Plot yang Menarik


4. Teknik Memulakan Cerpen


5. Panduan Menyediakan Manuskrip


6. Panduan Mengirim Manuskrip


7. Hak Cipta, Hak Penerbitan & Hak Moral


8. Bahasa dan Tanda Baca


Sesi soal jawab bersama pembimbing


Peserta WAJIB membawa alat tulis


1:00 petang


Makan tengah hari, solat, rehat


(Makan tengah hari TIDAK disediakan. Ada kafe di PPAS.)


2:00 petang


Latihan menulis cerpen


Peserta WAJIB membawa alat tulis


Peserta WAJIB membawa kamus


Peserta WAJIB membawa komputer riba/netbook


Sesi bedah karya peserta oleh pembimbing


5:00 petang


Bersurai


Maklumat lanjut:


Bengkel diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.


Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu Bahasa Malaysia dinasihatkan jangan menyertai bengkel ini.


Peserta mesti berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.


Pengkhususan bengkel adalah pada cerpen bagi bacaan golongan remaja (“cerpen remaja”).


Penyertaan terbuka kepada 20 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” (first come, first served).


Penyertaan hanya dianggap sah apabila dilakukan sebelum 20 Februari 2012 menerusi e-mel. Sebarang bentuk penyertaan lain tidak dilayan.


Bagi individu yang bukan ahli Kavyan, penyertaan hanya dianggap sah apabila pembayaran “pengeras” dilakukan sebelum 20 Februari 2012.


Bayaran “pengeras” tidak akan dikembalikan jika peserta tidak hadir.


Peserta yang sudah mendaftar tetapi tidak hadir (tanpa alasan kukuh) TIDAK akan dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti Kavyan sepanjang tahun.


Peserta WAJIB menghadiri bengkel sepenuhnya (10:00 pagi – 5:00 petang). Peserta yang hadir separuh/sebahagian tetap dianggap “tidak hadir” dan TIDAK akan dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti Kavyan sepanjang tahun.


Meja pendaftaran di Tingkat 1, PPAS dibuka pada pukul 9:30 pagi pada tarikh bengkel.


Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk.


Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat ke infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas dengan maklumat lanjut/terperinci mengenai bengkel ini dan cara pembayaran (bagi bukan ahli Kavyan).


Sekiranya e-mel tidak dibalas, maknanya e-mel berkenaan tidak sampai kepada pihak urus setia. Sila semak alamat e-mel!


Makan-minum TIDAK disediakan.


Kumpulan cerpen Kathakali dan Rudra Avatara dijual pada harga RM10.00 senaskhah bagi peserta yang berminat membelinya semasa pendaftaran. Cerpen-cerpen ini akan dijadikan rujukan semasa bengkel.


Peserta diingatkan supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.


Peserta perlu menanggalkan kasut/selipar apabila memasuki PPAS.


Hanya peserta berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Ibu bapa atau pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik seminar di mana bengkel dikendalikan.


Peserta tidak dibenarkan keluar-masuk bilik seminar sesuka hati. Pastikan peserta tidak ada “tugasan” lain sepanjang menyertai bengkel ini.


Peserta perlu membawa alat tulis dan kertas untuk menulis.


Peserta digalakkan membawa air mineral.


Pengangkutan pergi-balik tidak disediakan.


Sila ketahui lokasi PPAS (bangunan baru). Sebarang panggilan telefon pada pagi hari bengkel untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!


Tempat letak kereta (percuma) terdapat di PPAS.


Sila datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah.


Telefon bimbit perlu ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan diambil jika tidak patuh pada arahan ini.


Peserta wajib patuh pada peraturan.


Pembimbing dan urus setia berhak mengarahkan mana-mana peserta keluar jika tidak patuh pada peraturan atau mengganggu perjalanan bengkel atau tidak menunjukkan minat untuk belajar.


Untuk maklumat lanjut, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam, 25 Februari 2012. SMS tidak dibalas.


Urus setia tidak akan melayan sebarang pertanyaan yang mana jawapan bagi pertanyaan itu sudah terdapat di sini. Harap maklum.