Selain program bahasa, sastera, seni, dan budaya, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 turut terlibat dalam program kebajikan dan kemasyarakatan pada skala kecil-kecilan.
Misalnya, Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dan Projek Sumbangan Makan Tengah Hari yang dijayakan menerusi sumbangan ikhlas rakan-rakan budiman melalui Tabung Kavyan.
Bantuan bagi pelajar dan keluarga B40 di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam juga dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk rekod, kesemua penduduk taman ini menjadi mangsa Banjir Taman Sri Muda (Disember 2021). Maka, anda boleh membayangkan stuasi kehidupan keluarga B40 susulan bencana itu.
Sesi persekolahan secara bersemuka sudah bermula pada April 2022. Hasil pemerhatian, ramai pelajar memerlukan bantuan barangan keperluan asas seperti buku tulis, alat tulis, dan beg sekolah.
Untuk makluman, kanak-kanak dan remaja di Taman Sri Muda biasanya belajar di SK Taman Sri Muda, SK Taman Sri Muda 2, SMK Taman Sri Muda, SJKT Ladang Emerald, dan SJKT Sungai Renggam.
Selain
daripada bantuan alat tulis, buku latihan dan buku tulis, beberapa pelajar memerlukan
bantuan kalkulator saintifik dan cermin mata. Malah, ramai
juga pelajar yang memerlukan bantuan sarapan.
Kavyan bercadang mengumpul dana (sumbangan ikhlas) daripada orang ramai yang sudah sedia mengetahui usaha Kavyan selama ini. Sumbangan ini tidak mendapat pengecualian cukai pendapatan. Surat akan dikeluarkan oleh Kavyan sebagai tanda penghargaan bagi setiap sumbangan minimum RM50. Buat permulaan, sumbangan RM50 seorang sudah mencukupi; jangan beri lebih.
Rekod penyumbang akan difailkan bersama-sama senarai pelajar (penerima bantuan). Foto barangan pembelian dan resit akan dikirim (atas permintaan) kepada para penyumbang terbabit untuk rujukan.
Catatan: Bagi penyumbang pada April/Mei 2022, salinan resit pembelian dan foto barangan sudah dikirim sebagai bukti/rekod. Semoga para penyumbang terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
Foto dan maklumat diri para penerima sumbangan tidak akan dipaparkan di mana-mana. Langkah ini sebagai menghormati kerahsiaan data peribadi (personal data privacy).
[Pembelian pada 23 April 2022] |
Kavyan memberi jaminan bahawa dana (sumbangan) akan diuruskan secara telus dan beretika. Penting: Sumbangan wajib disalurkan ke akaun bank Kavyan, bukan ke akaun peribadi mana-mana individu.
Tolong WhatsApp maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, dan alamat e-mel) serta maklumat sumbangan (tarikh, masa, jumlah) untuk tujuan rekod dan surat penghargaan.