12 Jan 2012

Karya untuk Majalah

Ahli Berdaftar Kavyan berumur 15-35 tahun dipelawa mengirim bahan untuk dinilai bagi beberapa majalah yang memuatkan karya kreatif.

Ahli Berdaftar Kavyan merujuk pada Ahli Biasa (Kaum India) dan Ahli Kehormat (Bukan Kaum India) yang sudah mendaftar sebagai ahli dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).


Karya kreatif yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah cerpen, sajak dan esei/makalah/artikel pendek.


Mereka yang berminat dinasihatkan supaya membaca Panduan Mengirim Manuskrip bagi mendapatkan maklumat asas SEBELUM mengirim manuskrip.


Manuskrip karya perlu dikirim secara lampiran (attachment) ke infokavyan@yahoo.com.my untuk dinilai kesesuaiannya. Setiap e-mel yang selamat diterima akan dibalas, manakala e-mel yang tersalah alamat mustahil akan diterima!


Karya yang sesuai akan disunting dan diperbaiki sebelum disalurkan kepada editor mana-mana majalah yang sesuai.


Untuk makluman, terdapat beberapa majalah utama yang mengalu-alukan sumbangan ahli Kavyan; khususnya karya penulis kaum India.


Bagaimanapun, Kavyan akan menilai, menyunting dan menyalurkan karya mana-mana Ahli Berdaftar Kavyan (Ahli Biasa dan Ahli Kehormat) asalkan karya itu bermutu.


Setiap Ahli Berdaftar Kavyan dipelawa mengirimkan maksimum tiga sajak dan/atau dua cerpen dan/atau dua esei/makalah/artikel.


Semua karya mestilah menggunakan Bahasa Malaysia. Bahasa-bahasa lain boleh diselitkan mengikut kesesuaian.


Peluang ini hanya dibuka kepada Ahli Berdaftar Kavyan dan tidak boleh dilihat sebagai mendiskriminasi mana-mana individu lain.


Individu (ahli dan bukan ahli Kavyan) yang berminat menulis karya kreatif (cerpen, sajak, esei) boleh juga menyertai bengkel penulisan anjuran Kavyan. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk maklumat.


Nota: Masih ada insan tertanya-tanya soalan "Bagaimana mahu menjadi ahli?" SILA KLIK PADA TULISAN MERAH INI. YA, YANG INI.