28 Dec 2010

Bengkel Penulisan Cerpen Kaum India

Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB mengadakan pertemuan rasmi dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pagi 28 Disember 2010 sebagai susulan pada perbincangan pada 26 Oktober 2010.
.

Bengkel Penulisan Cerpen Kaum India akan diadakan pada 16-18 Mac 2011 di Kuala Lumpur. Kos makan-minum dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya oleh DBP, tetapi peserta perlu menanggung sendiri kos perjalanan ke lokasi bengkel.

.

Penyertaan terbuka kepada 30 individu kaum India sahaja yang berminat mempelajari teknik menulis cerpen Bahasa Malaysia. Peserta sasaran adalah wakil Kavyan, guru, wartawan, penulis Tamil dan pelajar. Bagaimanapun, penyertaan masih terbuka kepada mana-mana individu kaum India yang berminat dan komited.

.

Penulis karya Bahasa Tamil juga amat digalakkan menyertai bengkel ini supaya dapat memasuki ruang baru penerbitan karya Bahasa Malaysia.

.

Bengkel diadakan semasa cuti penggal sekolah tetapi surat rasmi pelepasan akan disediakan oleh DBP (Kementerian Pelajaran) bagi memudahkan urusan. Peserta yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini akan diberi sijil penyertaan.

.

Semasa bengkel, peserta wajib menulis sekurang-kurangnya sebuah cerpen (manuskrip berbentuk draf) yang dapat dijadikan bahan awal bagi antologi yang akan diusahakan oleh DBP.

.

Individu yang berminat dan komited diminta menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk mendaftar nama. Hubungi talian 016-3288142 jika ada sebarang pertanyaan. SMS akan dibaca tetapi tidak akan dijawab.

.

Bengkel adalah pada 16-18 Mac 2011 dan peserta perlu tinggal di Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Peserta tidak dibenarkan pulang awal atau hadir sebahagian sahaja daripada bengkel ini. Tentulah amat mudah untuk kita mencari jutaan alasan tetapi apa kata kita menyusahkan diri mencari satu sebab baik untuk menyertai bengkel ini.

.

Semoga ruang dan peluang ini yang diberikan khusus untuk masyarakat India tidak disia-siakan! Daripada merungut mengatakan tiada ruang dan peluang diberikan, mengapa tidak mengambil peluang yang kini berada di depan mata?

.

Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini; seperti kata Mahatma Gandhi.
...
Nota: Sila KLIK DI SINI untuk pelbagai panduan menghasilkan manuskrip cerpen bermutu dan menepati format yang ditetapkan.

No comments: