Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini.
Maka tradisi ini diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri.
Acara Baca Cerpen Rudra Avatara II dijadualkan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu), 10:00 pagi di Kompleks PKNS, Shah Alam sempena Pesta Buku Negeri Selangor.
Acara ini juga sebagai kesinambungan pada Baca Cerpen Rudra Avatara anjuran Kavyan dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 6 Disember 2008 di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan bagi acara ini yang hanya dibuka kepada peserta pelbagai kaum berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
No comments:
Post a Comment