20 Dec 2017

Bicara Novel Hanuman

Program
Bicara Novel Hanuman

Tarikh
24 Februari 2018 (Sabtu)

Masa
8:00 pagi – 11:00 pagi

Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose
Tingkat 17, Sentral Vista,
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur
Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields
WazeMenara Sentral Vista

Penganjur
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pengenalan
Novel parodi retorik Hanuman: Suara Hati (2013) pernah dijadikan teks bagi acara Baca Novel Hanuman pada 20 September 2014. Program Bicara Novel Hanuman pula menggabungkan sesi bacaan petikan novel berkenaan serta sesi bicara berkaitan novel tersebut khasnya, dan epik Ramayana amnya.

Bahasa
Sesi bacaan teks novel dan sesi bicara menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain hanya dibenarkan jika timbul keperluan.

Peserta
Peluang dibuka menerusi undangan kepada sekitar 15 individu pelbagai kaum yang dijangka berminat untuk terlibat sama secara aktif dalam sesi diskusi/bicara dan bacaan teks novel Hanuman: Suara Hati. Peserta mestilah mampu membaca karya Bahasa Malaysia, dan bersedia untuk berdiskusi mengenai topik epik Ramayana secara terbuka.

Cenderamata Peserta
Setiap peserta yang mengisi borang penyertaan dengan lengkap sebelum 15 Februari 2018, serta mengikuti acara Bicara Novel Hanuman sepenuhnya akan menerima senaskhah novel Hanuman: Suara Hati (edisi terhad – kulit keras) sebagai cenderamata. Novel berkenaan turut dijadikan teks bacaan dan bahan diskusi.

Borang Penyertaan
Peserta perlu mengisi borang penyertaan [BORANG PENYERTAAN DI SINI] sebelum 15 Februari 2018.

Penonton/Pengiring
Peserta berdaftar dibenarkan membawa pengiring untuk menjadi penonton/pendengar sesi bacaan teks dan bicara karya. Penonton/pengiring tidak menerima cenderamata buku. Penonton/pengiring tidak perlu mengisi borang penyertaan.

Tarikh Tutup
Pendaftaran peserta ditutup secara muktamad pada 15 Februari 2018. Penyertaan lewat tidak dilayan.


Rangka Atur Cara
Berikut adalah rangka atur cara. Para peserta berdaftar diminta menepati Waktu Kavyan dan tidak datang lewat bergaya (fashionably late).

8:00 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran

8:30 pagi [Waktu Kavyan]
Pendaftaran ditutup secara muktamad
(Peserta berdaftar yang tiba lewat tidak diberi teks novel)

Sesi 1 – Baca Novel Hanuman
Peserta membaca petikan novel Hanuman: Suara Hati

9:30 pagi
Sesi 2 – Bicara Novel Hanuman
Peserta membincangkan apa-apa aspek berkaitan novel Hanuman: Suara Hati dan epik Ramayana dalam pelbagai versi.

10:30 pagi
Sesi fotografi berkumpulan
Jamuan
Bersurai

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my (e-mel) atau 011-11411952 (WhatsApp) sebelum 14 Februari 2018.