Muruga
yang saya kenal
Baru
minggu lepas dengar dia cerita
susah
nak dapat kerja
Jual
cendol jual rojak
jual
puttu mayam semua dia dah cuba
Kena
halau kena kacau pihak berkuasa
Temuduga
pengawal keselamatan ditolak pula
Bukan
tidak sudi bertugas 15 jam sehari malah terima gaji rendah
namun
syarikat sekuriti hanya nak ambil orang Nepal muda
Dulu
tewaskan geng-geng Surapadman, Tarakasura apa guna
Zaman
ini tidak menghargai gagah perkasa dalam jiwa
Muka
realiti lebih hodoh daripada muka raksasa
Hati
orang busuk kalahkan asura
tapi
mulut asyik kata kesucian minda
Rasa
benci sampai nak campakkan vel
Pecahkan
hipokrit-hipokrit dunia!
Sabar,
sabar, sabar
Setiap
kali rasa marah dia ingatkan diri ajaran Dharma
Segala
akibat mesti ada sebabnya
Tiada
apa yang boleh lepas daripada Karma
Usah
mabuk dengan fenomena
lebih
bererti memahami punca
Tiba-tiba
dia nampak tenang dan mulia
Kerunsingan
bumi memang biasa
dan
penderitaan hidup memang dijangka
Segala
cabaran dapat diatasi
asalkan
tidak hilang Jnana
Lee Chen Kang
Taman
Bukit Indah, Johor Bahru
[Sajak ini memenangi Hadiah Utama dalam Pertandingan Menulis Sajak Bahasa Malaysia Bertema Hinduisme
anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada April 2017. Kemenangan ini
perlu dinyatakan apabila sajak ini disiarkan semula di mana-mana. Disunting
oleh Uthaya Sankar SB. Hak Cipta karya
dipegang oleh penulis, manakala Hak Penerbitan (untuk menyiarkan sajak ini di
blog) dimiliki oleh Kavyan.]