Pengenalan
Kavyan,
Pusat Kebudayaan India (ICC) dan DHRRA Malaysia menganjurkan Bengkel
Lakonan Kavyan (28 Februari 2016) dan Persembahan
Lakonan Kavyan (27 Mac 2016) sebagai usaha memberikan
pendedahan berkaitan aspek lakonan pentas kepada kanak-kanak, remaja, belia dan
orang dewasa pelbagai kaum. Kini, Bengkel
Lakonan Pentas dikendalikan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anggota
masyarakat mengembangkan bakat dan kreativiti dalam bidang lakonan pentas. Bengkel Lakonan Pentas dirangka secara
ringkas tetapi menyeluruh bagi memastikan para peserta pelbagai umur dapat
sama-sama berhibur sambil mengembangkan asas bakat lakonan, serta menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar.
Aktiviti
Bengkel Lakonan Pentas
Penganjur Bersama
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pusat Kebudayaan India (ICC), Brickfields
Tarikh
26
Jun 2016 (Ahad)
Masa
3:00 –
5:00 petang
Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra Bose, Pusat
Kebudayaan India
(ICC), Tingkat 17, Sentral Vista,
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel
Tun Sambanthan dan Kompleks MAB
Brickfields. (Rujuk
peta)
Objektif
1. Membimbing orang ramai mengenali
asas lakonan pentas.
2. Menimbulkan minat dan
kecintaan masyarakat terhadap Bahasa Malaysia.
3. Menggalakkan orang ramai
menonjolkan bakat dalam lakonan pentas.
4. Membuka ruang kepada orang
ramai membuat persembahan drama pentas.
5. Mencungkil kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pelbagai
kaum.
Bahasa
Bengkel
dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
sebagai sebahagian pengisian Program Memartabatkan Bahasa Malaysia. Individu yang berpura-pura tidak tahu Bahasa
Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.
Peserta
Penyertaan
terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa)
berumur minimum 7 tahun. Peserta
wajib mampu berkomunikasi (membaca, menulis, bercakap) menggunakan Bahasa Malaysia. Ibu bapa digalakkan
menyertai bengkel ini bersama anak-anak.
Pakaian Peserta
Para
peserta dinasihatkan supaya memakai pakaian yang sopan dan selesa. Semasa
bengkel, peserta perlu duduk bersila di lantai. Peserta juga perlu menjalani
latihan berlakon, serta berlakon di pentas. Sila pilih pakaian yang sesuai dan
selesa.
Para
peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota.
Telefon
Bimbit
Para
peserta diarah meletakkan telefon bimbit dan telefon pintar dalam mod senyap, serta
tidak sibuk dengan telefon dan peralatan elektronik lain sepanjang bengkel.
Sukarelawan Kavyan berhak merampas telefon sekiranya peserta sibuk melayan
telefon pintar dan telefon bimbit semasa bengkel (3:00 petang – 5:00 petang).
Tiada
yuran penyertaan, tetapi peserta wajib mengisi borang penyertaan sebelum 20 Jun
2016. Penyertaan lewat tidak dilayan. Peserta yang sudah mendaftar tetapi gagal
hadir, tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti Kavyan sepanjang tahun
2016.
Borang Penyertaan
Borang
penyertaan – KLIK DI SINI – perlu diisi selewat-lewatnya
pada 20 Jun 2016, pukul 5:00 petang (waktu di Malaysia). Borang yang diisi lewat
TIDAK dilayan. [BORANG PENYERTAAN]
Sijil
penyertaan hanya diberi kepada individu yang mengisi borang pada/sebelum 20 Jun
2016; menghadiri bengkel sepenuhnya (dari 3:00 petang hingga 5:00 petang) pada
26 Jun 2016; serta terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
Peserta yang hadir tetapi sibuk dengan kerja lain (internet, telefon, berbual,
menghilangkan diri dan sebagainya) tidak layak menerima sijil penyertaan.
Individu yang mengisi borang selepas 20 Jun 2016 tidak layak menerima sijil.
Berikut
adalah rangka atur cara bagi Bengkel
Lakonan Pentas. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, serta tidak datang lewat
bergaya (fashionably late). Hanya
individu yang menyertai bengkel sepenuhnya (3:00 petang – 5:00 petang) mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan layak menerima sijil penyertaan.
2:30 – 3:00 petang
Pendaftaran
(pengesahan kehadiran)
Pendaftaran
ditutup pada 3:00 petang [Waktu Kavyan]
Peserta
yang lewat tidak layak menerima sijil
3:00 – 5:00 petang
Bengkel
Lakonan Pentas
5:00 petang – 5:30 petang
Ucapan
Pengarah ICC
Penyampaian
sijil penyertaan
Minum
petang
Penutup dan Harapan
Bengkel Lakonan Pentas di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dijangka
menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang disenaraikan.
Usaha ini juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta
menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bakat lakonan yang dikesan dalam
kalangan peserta kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa akan diberikan bimbingan
berterusan untuk membuat persembahan di tempat-tempat terpilih.
Maklumat Lanjut
Sila
hubungi infokavyan@yahoo.com.my
selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016 untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bengkel Lakonan Pentas. Layari www.kavyan.blogspot.my
dari semasa ke semasa untuk maklumat berkaitan aktiviti bahasa, sastera,
kebajikan, seni dan budaya.
No comments:
Post a Comment